Pelayar Web (Web Browser)

Kiriman Cikgu Faizah | Wednesday, July 15, 2009 | , | 0 komen »

Chrome

Chrome adalah satu pelayar web yang baru dan adalah produk keluaran Google Inc. selain gmail dan Blogger.com.


kepada yang selalu menggunakan produk Google pelayar web chrome adalah yang paling sesuai. kepada yang masih tak tahu Youtube adalah produk Google setelah diambil alih so, dengan chrome laman web Youtube lebih mudah untuk dilayari.

Kelebihan lain yang ada pada pelayar web ini ialah ia lebih laju, stabil dan kurang mengggunakan memori. Amat sesuai pada yang selalu menggunakan laptop dan yang selalu guna produk dari Google.

Version terkini, Chrome 2.0. Kepada yang belum pasang perisian ini buleh pasang secara percuma --> http://www.google.com/chrome.

adds on untuk chrome


FIREFOX

Firefox adalah pelayar web yang sungguh popular dengan pelbagai pilihan adds-on dan plugs in. namun sejak akhir2 ni ada yang mengadu bahawa pelayar web ini:-

i- kuat makan memori
ii- lambat bila nak mula
iii- buleh 'hang' atau tergantung dgn tiba2

dan kepada yang masih suka menggunakan pelayar ini saya nasihatkan jangan pasang adds-on dan plugs in yang macam-macam cukuplah dengan:-

i- Flash (wajib) - untuk layan Youtube,dll
iii- No-script - untuk blog java script dan lain2
iii- Page Speed - (untuk menambahkan kelajuan firefox dengan mudah) saper yang selalu menghadapi masalah dengan kelajuan tolong pasang page speed ini baik untuk pc anda hehehe

dan diingatkan lagi sekali jangan guna plugs in atau adds on yang macam2 dan tak berkenaan kalau dah pasang tu cuba2 lah untuk buang ataupun pasang semula firefox yang baru. Dan selalu pastikan pelayar web anda dikemaskini!

Version terkini untuk Firefox adalah Firefox 3.5


OPERA

Satu lagi pelayar web yang popular dan sebenarnya ia lebih maju dari firefox. Dan yang paling penting ia tidak menggunakan memori dengan banyak berbanding Firefox.

Sangat sesuai untuk laptop yang kurang power. Juga Opera mini sesuai untuk dipasang pada telefon bimbit.

Lebih stabil berbanding firefox dan mudah untuk menggunakan tab serta amat sesuai untuk digunakan bagi kerja-kerja memuat turun dan memuat naik tanpa memerlukan pemasangan perisian yang lain seperti Internet Download manager dan sebagainya.

Version terkini untuk Opera ialah 10.0 tapi masih dalam peringkat Beta. Kepada yang ingin memasang Opera buleh ushar kat sini --> http://www.opera.com/

untuk pelayar web yang lain2 seperti:-
Songbird - sesuai untuk melayari laman web music sepeti esnips.com atau imeem.com
Netscape - antara pelayar web generasi lama sealiran dengan IE
Safari(Apple) - sesuai untuk Mac
Internet Explore (IE) - kalau sesiapa guna Windows pirate jgn gatal2 nak update IE!
Lunascape - Lunascape, the high-speed triple engine browser,
Maxthon 2 - antara pelayar web yang popular.

Akhir kata selamat berinternet dan berblogging dengan aman!