Bengkel Mengoptimumkan Sumber ICT Dalam P&P

Kiriman Cikgu Faizah | Wednesday, December 01, 2010 | | 0 komen »

BENGKEL MENGOPTIMUMKAN
PENGGUNAAN DAN PENGINTEGRASIAN
SUMBER PENDIDIKAN BERASASKAN ICT
DALAM PENGAJARAN DAN PENBELAJARAN
KE ARAH PEMBESTARIAN PENDIDIKAN

29 & 30 NOVEMBER 2010
DEWAN AL-KHAWARIZMI, BTPN MELAKA

Seramai 43 orang guru di kalangan Guru Penyelaras Bestari (GPB) dan Guru Perpustakaan Media (GPM) Negeri Melaka dipilih mengikuti bengkel tersebut yang dianjurkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bengkel selama 2 hari ini bertujuan meningkatkan kompetensi GPB dan GPM dalam membudayakan ICT dalam pendidikan serta merancang aktiviti pembestarian bagi tahun 2011.

Kursus Virtualization With KVM On A CentOS

Kiriman Cikgu Faizah | Friday, November 12, 2010 | | 0 komen »

Kursus ini berlangsung bermula 10 - 11/11/2010 bertempat di Makmal Komputer, SMK Naning anjuran Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), Jabatan Pelajaran Melaka (JPM). Kursus ini diadakan bertujuan untuk menghidupkan server yang boleh menempatkan dua (2) Operating System (OS) iaitu OS Linux dan OS Window.

Seramai 27 orang guru penyelaras ICT/Bestari Negeri Melaka dan 4 orang pegawai Sektor Pengurusan Maklumat (ICT) terlibat dalam kursus ini. Kursus ini telah dirasmikan oleh Puan Siti Nuriah binti Omar, Ketua Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), JPM.

JU SPP Moodle

Kiriman Cikgu Faizah | Wednesday, October 27, 2010 | 0 komen »

Menerima sijil daripada Pn Siti Siti Nuriah binti Omar, Ketua Sektor Pengurusan Maklumat (ICT) JPM sebagai penceramah Kursus SPP Moodle di BTPN Johor pada 13 - 16 Oktober 2010.

Kursus SPP Anjuran JPM Di BTPN Johor

Kiriman Cikgu Faizah | Friday, October 15, 2010 | , | 0 komen »


Kursus ini sedang berlangsung bermula 13 - 16/10/2010 bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan, Johor Bharu anjuran Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), Jabatan Pelajaran Melaka (JPM). Kursus ini diadakan bertujuan untuk memudahkan capaian dan penggunaan bahan-bahan Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) kepada pelajar-pelajar Sekolah Rendah dan Menengah Negeri Melaka.

Seramai 40 orang peserta terdiri daripada 37 orang guru penyelaras ICT/Bestari Negeri Melaka dan 3 orang urusetia terlibat dalam kursus ini. Kursus ini telah dirasmikan oleh Puan Siti Nuriah binti Omar, Ketua Sektor Pengurusan Maklumat (ICT) JPM. Adalah diharapkan dengan adanya kursus ini dapat melancarkan lagi Sistem P&P disekolah masing-masing.

SPPICTS Kutipan Ketiga 2010

Kiriman Cikgu Faizah | Friday, September 24, 2010 | | 0 komen »

Kutipan data ketiga bagi SPPICTS bermula dari 19 Sept 2010 sehingga 8 Okt 2010. Semua medan diwajibkan menjawab kecuali Pusat Akses dan Perkongsian Pintar hanya melibatkan sekolah yang telah ditetapkan sahaja.

Layari:

http://ssqs.moe.edu.my/ssqs/index.php atau
http://pnp.moe.edu.my/ssqs/ssqs (link alternatif sekiranya ada masalah internet traffic)

Salam Aidil Fitri 1431H

Kiriman Cikgu Faizah | Thursday, September 09, 2010 | 0 komen »

SSQS 2010

Kiriman Cikgu Faizah | Friday, August 27, 2010 | | 0 komen »

Aplikasi ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas berkaitan pembudayaan dan penggunaan ICT di sekolah. Bermula penggunaan secara manual di 88 buah sekolah bestari kini aplikasi ini yang telah dibina berasaskan web akan diperluaskan bagi membuat penarafan di semua sekolah seluruh Malaysia.

Sila ambil maklum, penarafan aplikasi SSQS Online akan berlangsung dari 19 Julai Jam 10.00 pagi hingga 30 Ogos 2010 Jam 4.00 petang.

Guru-guru yang terlibat diminta mengambil tindakan segera. Terima kasih.

http://ssqs.moe.edu.my/ssqs/index.php atau
http://pnp.moe.edu.my/ssqs/ssqs (link alternatif sekiranya ada masalah internet traffic)

Catatan : SMTMT telah 100% selesai melaksanakan pengisian Data SSQS 2010.

Salam Hari Lahir

Kiriman L-Tera | Monday, July 12, 2010 | 0 komen »

12 Julai adalah hari ulang tahun kelahiran saya yang ke 43 thn.... selama bertugas sepanjang 21 tahun ini, banyak pengalaman yang saya perolehi. Permulaan posting sebaik sahaja tamat pengajian di MPT, saya ditempatkan di SMV Butterworth, Pulau Pinang dan bertugas di sana selama 3 tahun. Seterusnya berpindah dan mengajar di SM Teknik Melaka Tengah hingga ke hari ini.

Bertugas di sini amat menyeronokkan, pergaulan antara guru sangat mesra dan kebanyakkannya memberi kerja sama yang sangat baik dalam apa juga tugas yang diamanahkan. Hubungan yang baik antara staf sokongan dan guru juga sangat baik.

Hari ini saya merasa berbesar hati kerana diraikan dalam sambutan hari jadi yg sederhana. Terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan sekerja yang selalu memberi sokongan dan bantuan dalam menjalankan tugas JK Pembestarian.

Kepada mastermind, Cikgu Yati - terima kasih banyak-banyak. Saya sangat menghargainya. Terima kasih juga atas pemberian hadiah hari jadi. Sayang kamu semua!

Kursus ICT Untuk Pelajar

Kiriman L-Tera | Sunday, July 11, 2010 | 0 komen »

Sabtu, 10 Julai 2010 - Kursus ICT untuk pelajar SM Teknik Melaka Tengah akan diadakan di Makmal Komputer Autocad. Kursus yang dianjurkan oleh JK PSS dengan kerjasama JK Pembestarian Sekolah adalah sebahagian daripada aktiviti Bulan Sains & Teknologi dan Julai Bulan Membaca yang telah dilancarkan baru-baru ini.


Perluasan 5 Star Rating

Kiriman Cikgu Faizah | Wednesday, June 30, 2010 | | 0 komen »

Dalam langkah ke arah Perluasan 5 Star Rating bagi 23 buah sekolah Negeri Melaka, JK Pembestarian SM Teknik Melaka Tengah telah didatangi oleh pegawai penilai Tn Hj Khalid bin Ahmad dari Unit Perkhidmatan ICT, BTPN Melaka untuk memantau serta menilai amalan ICT yang diterapkan di sekolah iaitu:
  • ICT dalam Pengurusan dan Pentadbiran
  • Pengintegrasian ICT dalam p&p
  • ICT dalam pembangunan modal insan.



Taklimat Amalan ICT di SMTMT tela disampaikan oleh Pn. Nurhidayati binti Mohammad, Setiausaha JK Kerja Pembestarian Sekolah. Syabas dan tahniah!

Sehubungan dengan itu juga, pihak sekolah telah memasang papan tanda "Zon WiFi" dan banner "EduwebTV di beberapa lokasi bagi memberi makluman kepada seluruh warga SMTMT dan juga pelawat bahawa SMTMT adalah sebuah sekolah yang membudayakan penggunaan sumber ICT dan semua urusan samada dalam pentadbiran, kurikulum dan seumpamanya.

Terima kasih diucapkan kepada En. Mohd Hakim bin Ibrahim kerana berjaya menguruskan tempaham dan pemasangan papan tanda ini.

5 Star Rating

Kiriman Cikgu Faizah | Thursday, June 03, 2010 | | 0 komen »

Pada 2 dan 3 Jun 2010, saya bersama GPM telah menghadiri Bengkel Perluasan 5 Star Rating. Sebanyak 23 buah sekolah di Negeri Melaka telah dipilih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengikuti Program Peluasan Pembudayaan Teknologi Sekolah Mengikut Kelompok atau Peluasan 5-STAR Rating, peringkat Negeri Melaka yang diadakan di BTPN Melaka.

Taklimat ini bertujuan memperincikan semua keperluan dan tindakan yang harus dilakukan oleh pihak sekolah untuk mencapai taraf 5-Bintang berdasarkan Instrumen Penarafan Smart School Qualification Standards atau SSQS.

Mesyuarat Literasi Maklumat

Kiriman L-Tera | Thursday, May 20, 2010 | 0 komen »

Pada 20 & 21 Mei 2010, seramai 8 orang JU Pembestarian Pendidikan (Kumpulan 1) dari 8 buah sekolah Negeri Melaka telah dipanggil bermesyuarat di BTPN untuk membincang dan seterusnya menerbitkan Modul Literasi Maklumat Berasaskan ICT yang akan digunakan oleh GPB/GICT sekolah-sekolah Negeri Melaka.

Skop

Satu panduan yang boleh digunakan oleh GPB/GICT untuk membantu dan meningkatkan kemahiran maklumat dari aspek:
  • Mengenalpasti
  • Melayari
  • Memilih
  • Menyusun
  • Menghasilkan
  • Membentangkan
  • Menilai
  • Mengaplikasi Maklumat

Selamat Hari Guru

Kiriman L-Tera | Sunday, May 16, 2010 | 0 komen »


GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia


Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi


Selaras dengan hasrat untuk meningkat dan memastikan kemudahan prasarana, infrastruktur, dan pengunaan ICT digunakan secara menyeluruh dan bersepadu, Melaka telah dipilih untuk melaksanakan program rintis “Mengoptimumkan Penggunaan Dan Pengintegrasian Sumber Pendidikan Berasaskan ICT Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Ke Arah Pembestarian Pendidikan” melibatkan 40 buah sekolah.

Tarikh : 11 dan 12 Mei 2010 (Selasa dan Rabu)
Masa : 8.00 hingga 4.30 petang
Tempat : Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka

Objektif bengkel diadakan adalah untuk:
  1. Memastikan peralatan teknologi yang dibekalkan ke sekolah digunakan secara maksimum seterusnya, memastikan guru menguasai kemahiran maklumat berasaskan sumber ICT.
  2. Melahirkan anjakan paradigma kepada guru dan murid khusus kepada kemahiran, minat, kreativiti dan pengetahuan melalui penggunaan dan menguasai kemahiran teknologi ICT dalam proses P&P .
  3. Menggerakkan GPB dan GPM sebagai ”enabler”. GPB dan GPM perlu kuasai kompetensi untuk membudayakan ICT dalam pendidikan di sekolah. Justeru pembangunan kompetensi mereka menjadi asas kepada kejayaan mengoptimumkan penggunaan dan pengintegrasian sumber pendidikan berasaskan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P).
  4. Meningkatkan kompetensi GPB dan GPM membudayakan ICT dalam pendidikan, meningkatkan penggunaan dan pengintegrasian sumber pendidikan berasaskan ICT di sekolah.
  5. Memperlihatkan GPB dan GPM bertindak sebagai Agen Perubahan.

Kursus Kemahiran ICT Siri 2 Tahun 2010 Untuk Guru SMTMT

Kiriman Cikgu Faizah | Wednesday, May 12, 2010 | 0 komen »

Kursus Kemahiran ICT Siri 1 Kumpulan 2 akan diadakan pada 27 April 2010 dan Kumpulan 1 pada 28 April 2010 jam 2.30 - 5.30 petang. Kursus ini berkaitan dengan cara menggunakan Perisian Classroom Spy dan Asas MS Office & MS Word.

Kepada guru-guru yang berjaya menghadirkan diri, pihak JK Pembestarian mengucapkan setinggi-tinggi tahniah, sijil penyertaan akan diberikan tidak lama lagi dan sekiranya guru-guru ingin memperdalami ilmu ICT boleh berjumpa dengan Guru Penyelaras/GPB pada bila-bila masa.

Penganjur juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada JK Pelaksana yang telah bekerjasama secara langsung & tidak langsung dalam menjayakan program ini.



Kumpulan 2 (27 April 2010)




Kumpulan 1 (28 April 2010)

Kursus Konfigurasi Server Linux

Kiriman L-Tera | Saturday, March 27, 2010 | 0 komen »

Pada 25 & 26 Mac 2010, Unit ICT JPM telah mengadakan Kursus Konfigurasi Server Linux kepada Juruteknik Komputer (FT17) Sekolah-Sekolah Negeri Melaka di SK Batu Berendam 2.

Dalam kursus tersebut, peserta didedahkan dengan cara:
  1. Pemasangan OSS CentOS
  2. DHCP
  3. APACHE
  4. DNS
  5. Samba
  6. Web Cache

Dalam kursus ini saya telah bertemu dengan bekas anak murid Kursus Elektronik yang telah berjaya menjadi Juruteknik di beberapa buah sekolah. Tahniah diucapkan semoga mereka dapat menjalankan tanggungjawab dengan sempurna.

Cara Instal OSS CentOS

Kursus ICT Siri 1 Tahun 2010 (Format PC)

Kiriman Cikgu Faizah | Wednesday, March 24, 2010 | 0 komen »



Kursus ICT Siri 1 Kumpulan 1


Kursus ICT Siri 1 Kumpulan 2