Kursus Laman Web

Kiriman Zanans | Friday, October 30, 2009 | | 0 komen »

Seramai 40 orang peserta dan 10 orang Jurulatih Utama (JU) yang terdiri daripada guru-guru Sekolah Negeri Melaka telah menghadiri Kursus Pembangunan dan Pengurusan Laman Web Sekolah di Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) Negeri Selangor, bermula 28 hingga 31 Oktober 2009.

Kursus ini diadakan untuk memberi pendedahan dan latihan kepada Penyelaras ICT dan Guru Bestari bagi membantu mereka untuk membangunkan laman web sekolah masing-masing. Sepanjang tempoh berkursus para peserta telah dibimbing oleh JU yang telah dilantik.

Perasmian pembukaan kursus telah disempurnakan oleh Puan Siti Nuriah @ Zanariah bte Omar, Ketua Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), Jabatan Pelajaran Melaka. Dalam ucapannya, beliau mengingatkan para peserta kursus agar memanfaatkan peluang yang telah diberi semasa mengikuti kursus ini. Kerjasama dan komitmen semua peserta yang hadir amat diharapkan agar ilmu yang telah dipelajari dapat dikongsikan dan dimanfaatkan kepada sekolah masing-masing.

Jejak IT

Kiriman Zanans | Sunday, October 25, 2009 | | 0 komen »


Sabtu 24 Oktober 2009, pengawas ICT SMTMT bersama 2 orang guru pembimbing telah menghadiri Program Jejak IT anjuran Kolej Yayasan Melaka di Kolej tersebut. Program ini turut disertai oleh beberapa sekolah lain sekitar Melaka. Dalam Program Jejak IT ini, pelajar didedahkan dengan Bengkel Pembinaan Blog menggunakan Blogger.

Pengurusan Unit ICT bercadang untuk mencalonkan pelajar-pelajar ini menyertai pertandingan blog peringkat sekolah. Diharapkan mereka sentiasa mengemaskini blog masing-masing. Tahniah buat mereka!

Requirements (kebolehan) untuk install Windows Vista

Kiriman Cikgu Faizah | Tuesday, October 13, 2009 | | 0 komen »

Jika anda merasakan windows Vista yang anda installkan tidak stabil atau hang ataupun merasakan lembap untuk diproses, ia sebenarnya bersangkut paut dengan kebolehan hardware (perkakasan komputer yg digunakan).

Di sini admin menerangkan kesesuaian untuk menginstallkan windows tersebut yang merangkumi kebolehan processor, RAM, grafik dan hardisk.

Untuk pengetahuan anda, perkakasan yang lebih tinggi performancenya adalah lebih maju dan advantage untuk digunakan. Begitu juga bagi yang sukakan gaming atau fotografer dan juga designer.

Sumber : http://en.wikipedia.org


Keperluan Bagi menggunakan Windows Vista


Vista Capable Vista Premium Ready
Processor
800 MHz 1 GHz
Memory
512 MB 1 GB
Graphics card Direct X 9.0 capable Direct X 9.0 capable and WDDM 1.0 driver support
Graphics memory 32 MB 128 MB
Hdd capacity 20 GB 40 GB
HDD free space 15 GB
Other drives DVD-Rom

Spesifikasi sesuai dan cara pemasangannya

Kiriman Cikgu Faizah | Tuesday, October 13, 2009 | , | 0 komen »

Di sini admin ingin berkongsi tentang perkakasan dan hardware yang sangat bersesuaian untuk digunakan. Mungkin ada yang ambil mudah akan hal2 spesifikasi peralatan untuk dijadikan komputer terutamanya yang berjenis desktop. Perkara sebegini sebenarnya tidak blh diambil mudah kerana ia boleh menyebabkan sebahagian hardware komputer terbakar dan boleh menyebabkan CPU cepat panas dan berisiko untuk hanging.

Kesesuaian perkakasan juga amat perlu supaya ia boleh melancarkan pemprosesan setiap kerja yang kita lakukan seperti kerja grafik design dan permainan game yang menggunakan grafik yang sangat tinggi seperti football manager FIFA 2009 dan 2010 serta permainan game perang, strategi, IQ, sports(sukan) dan lain2.

Di sini admin mencadangkan penggunaan perkakasan baru yang bersesuaian dan boleh hubungkait dengan sempurna setiap perkakasan yang lain. Spesifikasi yang sesuai menyelamatkan komputer anda.

Cadangan ini adalah untuk komputer jenis PC Desktop dan pengguna yang suka melakukan pemasangan PC Desktop sendiri.

  • Motherboard: Intel DQ45CB
  • Case:Inwin Z583 w/350watt Power Supply
  • CPU: Intel Core2 Quad and Intel Core2 Duo processor in the LGA775 package, Minimum E7400 Processor
  • RAM: 2×1GB DDR2 800mhz DIMMs
  • HDD: 250GB 16MB cache SATA II 3.0Gb/s Seagate or Western Digital drive
  • Optical Drive: Samsung DVD RW/CD RW SATA Drive
  • Audio: onboard sound
  • LAN: onboard Intel Pro 1000 chipset
  • HIDs: Optical mouse, mouse pad, keyboard, all necessary cables
  • Monitor: 19″+ LCD, standard aspect ratio 1280×1024 (or greater) or widescreen 1440×900 (or greater) native resolution, DVI connection.

Ini adalah mengikut kesesuaian induk seperti kestabilan CPU, Motherboard, RAM dan Hardisk.

Disamping itu juga, admin sediakan video cara-cara untuk memasang hardware ke dalam casing CPU dengan kemas, teratur dan selamat. Dan kepada yang tidak tahu cara untuk memasang komputer juga boleh juga belajar dari video ini:

Semoga anda berpuas hati dan selamat dalam membuat setiap kerja yang anda lakukan dengan menggunakan komputer.

“komputer selamat, keluarga bahagia.”

Masalah

CD Teaching Courseware yang tidak boleh autorun.

Sebab

1. Terdapat Flash dan Shockwave Player terkini yang mempunyai ciri-ciri terbaru di dalam sistem komputer dan tidak dapat menyokong objek-objek multimedia di dalam CD Teaching Courseware.

2. Flash Player sedia ada di dalam sistem telah rosak (corrupted).

Jalan Penyelesaian

Uninstall Flash dan Shockwave Player yang terdapat dalam sistem dengan mengikuti langkah- langkah berikut

1. Muat turun fail Uninstaller bagi Flash dan Shockwave player dari laman web Adobe.
  • Buka laman web berikut : http://www.adobe.com/shockwave/download/alternates/#sp

Image

  • Klik pada Adobe Flash Player (a) dan paparan berikut akan dipaparkan. Kemudian klik pada Flash Player Uninstaller (b) seperti di bawah

Image

  • Pop-up berikut akan muncul dan tekan butang Save.

Image

  • Tetapkan direktori untuk simpanan fail unistaller ini, sebagai contohnya di desktop dan klik pada butang save.

Image

  • Paparan berikut akan muncul dan tunggu sehingga prosses muat turun selesai. Kemudian klik pada butang Close.

  • Ulangi langkah (i ) hingga (v) untuk memuat turun Shockwave Player uninstaller.

2. Jalankan Proses Uninstall Flash Player .
  • Klik ikon uninstall_flash_player.exe yang telah dimuat turun ke desktop. (c)
Image
  • Paparan berikut akan muncul dan klik pada butang run.
Image
  • Apabila paparan berikut muncul, sila klik pada butang Yes
Image
  • Proses uninstall akan bermula dan apabila selesai paparan berikut akan muncul. Klik pada butang Close untuk menamatkan proses uninstall Flash Player.
Image

3. Jalankan Proses Uninstall Shockwave Player.
  • Klik ikon sw_uninstaller.exe yang telah dimuat turun ke desktop (d).
Image
  • Paparan berikut akan muncul dan klik pada butang Run.
Image
  • Apabila paparan- paparan berikut muncul, sila klik pada butang Next sehingga paparan proses uninstall (e) muncul.
Image
Image
  • Apabila proses uninstall selesai paparan berikut akan muncul. Klik pada butang Finish untuk menamatkan proses uninstall Shockwave Player.
Image

4. Masukkan CD Teaching Courseware dan biarkan proses Auto Installation Flash Player yang dibekalkan bersama CD Teaching Courseware selesai. Untuk makluman, Flash player installation file telah dipakejkan bersama dengan Shockwave Player. Ini bermakna, Shockwave Player turut di-install semasa proses Installation Flash Player,

5. Apabila proses Installation Flash Player selesai, CD teaching Courseware akan terus berfungsi seperti biasa. Sekiranya paparan kosong muncul, sila tunggu. Ini kerana sistemoperasi sedang menyerasikan Flash dan Shockwave Player yang baru di-install.