e-SPLG

Kiriman Cikgu Faizah | Friday, November 11, 2011 | 1 komen »

Sistem SPLG - Sistem Pengurusan Latihan Guru dibangunkan bagi merekod kursus yang dihadiri oleh guru dan kakitangan pendidikan dari bulan Januari 2011 sehingga Disember 2011.

Menerusi aplikasi ini diharapkan proses pengumpulan data dapat dilaksanakan dengan lebih cepat, tepat dan efisien. Tarikh pengemaskinian hendaklah dilaksanakan sebelum/pada 30 November 2011 bagi memudahkan lagi proses penyediaan pelaporan.

Sila rujuk link di bawah untuk tatacara pengisian:
  1. e-SPLG - Sistem Pengurusan Latihan Guru
  2. e-SPLG - Cara Memasukkan Maklumat

Synfig Studio

Kiriman Cikgu Faizah | Sunday, October 02, 2011 | 0 komen »

Synfig Studio is a free and open-source 2D animation software, designed as powerful industrial-strength solution for creating film-quality animation using a vector and bitmap artwork. It eliminates the need to create animation frame-by frame, allowing you to produce 2D animation of a higher quality with fewer people and resources. Synfig Studio is available for Windows, Linux and MacOS X.

Download HERE.








Analisis Penggunaan Makmal

Kiriman L-Tera | Tuesday, September 06, 2011 | | 0 komen »




Kelas LMS 5EE2

Kiriman L-Tera | Thursday, June 16, 2011 | 0 komen »

Program Kreativiti dan Inovasi Sekolah Pemangkin Zon Tengah

Kiriman Cikgu Faizah | Thursday, May 26, 2011 | 0 komen »

Ayer Keroh, 24 Mei 2011 - Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) telah menyertai Program Kreativiti dan Inovasi Sekolah Pemangkin Zon Tengah bertempat di Puteri Resort Ayer Keroh, Melaka. Program 3 hari ini bermula dari 23 Mei hingga 25 Mei di mana guru-guru sekolah rendah dan menengah peringkat Zon Tengah dijemput untuk menyertai program ini. Bagi Program ini YIM bertanggungjawab menganjurkan satu bengkel inovasi dan kreativiti. Bengkel ini telah bermula seawal 8.45 pagi hingga 4.30 petang.

Tahniah!

Kiriman L-Tera | Saturday, May 07, 2011 | | 0 komen »

Print Screen dari Utusan Online, kejayaan pelajar SMVMT dalam Pertandingan Membina Laman Web Sempena Karnival Pendidikan Negeri Melaka 2011. 46 buah sekolah telah menyertai pertandingan ini dan pemenang-pemengangnya ialah:
  1. SMK Tun Perak
  2. SM Vokasional Melaka Tengah
  3. SM Teknik Bukit Piatu
Peserta menerima Sijil, Wang Tunai RM100, Plak dan Pendrive, manakala sekolah yang berjaya menerima Sijil, Plak dan sebuah Notebook. Semua hadiah ditaja oleh Telekom Malaysia (TM).

Gambar di atas menunjukkan Datuk Seri Tuan Haji Muhyidin bin Haji Mohammad Yassin dan Datuk Seri Mohd. Ali bin Rustam bersama para pelajar yang memenangi pertandingan reka bentuk laman web antara sekolah seluruh Melaka pada Karnival Pendidikan Negeri Melaka 2011 di Ayer Keroh, semalam.

Peserta dari SM Vokasional Melaka Tengah, dari kiri Mohd Mustakim bin Hussain, Baihaqi bin Mohd Yahya dan Hasbullah bin Md Som dari kelas 5EE1.

[Sumber: Utusan Malaysia @ Utusan Online, 6 Mei 2011]

Bergambar bersama guru pembimbing

Sijil Pemenang Tempat Ke-2

Kelas Maya Di Semua Sekolah 5 Tahun Lagi.

Kiriman L-Tera | Wednesday, May 04, 2011 | 0 komen »

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Negeri bercadang memperluaskan sistem kelas maya di semua sekolah di Terengganu dalam tempoh lima tahun akan datang.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, buat permulaan untuk tahun ini, kelas maya itu akan diwujudkan di 32 sekolah terpilih di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini.

Menurutnya, projek yang banyak memberi manfaat dalam sistem pendidikan itu akan diteruskan pada tahun depan dengan 32 sekolah lagi dipilih untuk diwujudkan kelas maya.

“Terpulang kepada wakil rakyat atau PPD (Pegawai Pembangunan DUN) untuk memilih sekolah mana akan diwujudkan kelas maya ini terlebih dahulu, kita beri kebebasan sepenuhnya kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas hadir ke Majlis Perjumpaan bersama Pengetua, guru besar dan Pegawai Teknologi Maklumat (EIO) di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, di sini semalam.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman dan Pengarah Pelajaran Negeri, Razali Daud.

Ahmad berkata, projek itu akan menggunakan dana sedia ada yang diberikan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau PPD, iaitu bantuan am sebanyak RM500,00 dan bantuan projek kecil berjumlah RM1 juta.

“Untuk beli peralatan dan ubah suai kelas maya, boleh guna peruntukan itu dulu dan kita akan tambah peruntukan lain lagi bergantung kepada kewangan negeri,” katanya.

Menurut Ahmad, kelas maya wajar diperluaskan di semua sekolah di negeri ini kerana keberkesanannya menarik minat belajar murid, sekali gus mengurangkan masalah ponteng.

“Setakat ini, tiga sekolah sudah ada kelas maya iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Bunga, SK Telok Kalong (Kemaman) dan SK Kompleks Seberang Takir,” katanya

Pemantauan Dari TM dan JPM

Kiriman L-Tera | Thursday, April 14, 2011 | 0 komen »

Rabu, 13 April 2010 - Pemantauan Pertandingan Laman Web Sempena Karnival Pendidikan 2011 Anjuran TM dan JPM yang dihadiri oleh 6 orang pegawai iaitu 3 pegawai dari TM Melaka dan 3 pegawai dari JPM telah datang ke SMV Melaka Tengah. Pemantauan ini adalah untuk melihat secara dekat bagaimana para peserta menyediakan laman web yang akan dipertandingkan tidak lama lagi.

Pemantauan yang berlangsung selama hampir 2 jam ini diadakan di Makmal Siber/LMS. Pelajar membuat persembahan powerpoint untuk menerangkan dengan lebih jelas aktiviti yang mereka jalankan dalam menyiapkan laman web.




Rabu, 30 Mac 2011 - Refresher Training Bagi Sekolah-Sekolah Projek LMS Tajaan Mampu telah diadakan di Makmal Siber, SM Vokasional Melaka Tengah. Training bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang ini turut dihadiri wakil dari BTPN Melaka En. Sulaiman bin Abd Rahim dan En. Musman bin Hj Saleyo.

Selain itu, pihak sekolah juga menjemput wakil dari MeOSSIS Negeri Melaka untuk menyertai training ini bagi mendalami pengetahuan mengenai LMS.

Dalam training yang disampaikan oleh En. Chong Wai Kong dari Syarikat Forte Tech (pembangun projek LMS), guru didedahkan dengan kaedah menyediakan rancangan pelajaran yang mengandungi bahan rujukan, tugasan, kuiz dan pautan-pautan berkaitan dengan topik yang akan diajar. Guru juga dilatih bagaimana memberi markah (grade) kepada pelajar melalui sistem ini.

Bengkel Penghuraian Strategik SSQS Kohot 4

Kiriman L-Tera | Thursday, March 24, 2011 | , | 0 komen »

Khamis, 24 Mac 2011 - Bengkel Penghuraian Strategik SSQS Kohot 4 telah diadakan di BTPN Melaka bermula jam 8.00 pagi - 5.00 petang. Objektif bengkel ini adalah untuk membincangkan dan membuat sumbang saran mengenai Strategik SSQS yang akan dijalankan pada bulan Jun nanti.

Bengkel ini dihadiri oleh Guru Penyelaras Bestari/Guru Penyelaras ICT dari 93 buah sekolah di Negeri Melaka yang telah berjaya mencapai 5 Bintang dalam SSQS.

SM Vokasional Melaka tengah adalah antara beberapa buah sekolah yang dipilih untuk berkongsi strategi yang dilaksanakan di peringkat sekolah dan projek yang dimiliki oleh sekolah sehingga berjaya mencapai taraf 5 bintang.

Kekuatan SMVMT ialah memiliki LMS yang banyak membantu guru-guru dalam P&P. Diharapkan pada tahun 2011 taraf 5 bintang ini dapat dikekalkan.

Openoffice.org Impress Presentation

Kiriman L-Tera | Friday, March 11, 2011 | | 0 komen »

Adalah dimaklumkan bahawa Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), Jabatan Pelajaran Melaka telah diberi mandat untuk mengelola Pertandingan Multimedia Berasaskan OpenOffice.org Impress Presentation semasa Karnival Pendidikan Melaka yang akan berlangsung pada 5 hingga 8 Mei 2011 di MITC, Ayer Keroh, Melaka. Pertandingan tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 5 Mei 2011 (Khamis)
Masa Pertandingan :10.00 pagi hingga 11.00 pagi (1 Jam)
Pendaftaran Peserta : 9.30 pagi
Tempat : Dewan MITC, Ayer Keroh, Melaka

Borang Penyertaan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), Jabatan Pelajaran Melaka selewat-lewatnya pada 31 Mac 2011. Sebarang permohonan selepas tarikh ini tidak akan dilayan. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan En. Zali Bin Ahmad di talian 06-2326093.

Sila klik di sini untuk muat turun syarat/peraturan pertandingan dan borang penyertaan.

Tutorial Joomla Bersama SMVAS

Kiriman L-Tera | Friday, March 04, 2011 | | 0 komen »

Rabu, 2 Mac 2010 - Sesi tutorial Joomla telah diadakan di Makmal Siber bermula jam 8.30 pagi hingga 3.30 petang. Sesi tutorial yang disampaikan oleh GPB ini dihadiri oleh 3 orang guru Pengendali Portal SMV Ampangan iaitu Cikgu Zulkifli Majid, Cikgu Mohd Zaharuddin dan Cikgu Siow.

Tutorial Joomla

Kiriman L-Tera | Monday, February 28, 2011 | | 0 komen »

Isnin, 28 Feb 2010 - Sesi tutorial Joomla telah diadakan di Makmal Siber bermula jam 8.30 pagi hingga 3.30 petang. Sesi tutorial yang disampaikan oleh GPB ini dihadiri oleh 3 orang guru Pengendali Portal SMV Juasseh bersama Pengetua, Pn Nor Asikin binti Mohd Shazili.

Bengkel LMS untuk guru-guru Panitia EE & PPN

Kiriman L-Tera | Wednesday, February 23, 2011 | 0 komen »

Selasa, 22 Feb 2011 - Bengkel LMS untuk guru-guru Panitia EE & PPN telah diadakan di Makmal Siber SM Vokasional Melaka Tengah. Objektif bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan kepada guru cara menggunakan LMS dalam P&P.

Selain itu, guru-guru juga diberi tunjuk ajar cara menerbitkan Tugasan, Kuiz dan Sharing Bahan P&P di dalam sistem.

Bengkel ini bermula pada jam 2.45 - 5.00 petang.

Bengkel LMS Untuk Guru

Kiriman L-Tera | Wednesday, February 23, 2011 | , | 0 komen »

Jadual Latihan LMS Untuk Guru 2011

Hari/MasaTarikhBidang/Panitia



Selasa
2.45 - 5.00 ptg
18 Jan 2011
Bidang Bahasa
8 Feb 2011 Bidang Matematik & Sains
22 Feb 2011 Panitia EE & PPN
1 Mac 2011 Panitia PPU & KFL
8 Mac 2011 Panitia BB & Auto
22 Mac 2011 Panitia ABM
29 Mac 2011
Panitia Kemanusiaan

Kelas Latihan Learning Management System (LMS) akan diadakan seperti dalam jadual di atas di Makmal Siber.

Semasa menghadiri latihan, guru-guru diminta membawa bahan sendiri dalam bentuk softcopy (pendrive) bagi melancarkan perjalanan kursus. Guru digalakkan membawa laptop sendiri.

Perkhidmatan Rangkaian Internet 2011 di Sekolah

Kiriman Cikgu Faizah | Thursday, January 06, 2011 | 0 komen »

Surat Pekeliling Rekod Mengajar

Kiriman L-Tera | Monday, January 03, 2011 | 1 komen »


Terdapat klaus yang menyebut ".....bolehlah disediakan dalam apa jua bentuk yang munasabah dan sesuai dengan teknologi semasa." Ini bermakna guru boleh menyediakan rekod mengajar dalam bentuk lain selain buku rekod mengajar sedia ada.

Ia boleh dalam bentuk:
  1. Soft Copy [Online, CD, Disket dll]
  2. Hard Copy [Buku, Fail dll]