Kursus Kemahiran ICT Siri 1 Kumpulan 1 & 2

Kiriman Cikgu Faizah | Saturday, February 27, 2010 | 0 komen »

Kursus Kemahiran ICT Siri 1 Kumpulan 1 akan diadakan pada 9 Mac 2010 dan Kumpulan 2 pada 23 Mac 2010 jam 2.30 - 5.30 petang. Kursus ini berkaitan dengan cara memasang OS Windows Vista dan instal perisian-perisian sampingan seperti MS Office, Antivirus, Classroom Spy dan lain-lain.

Guru juga didedahkan cara untuk memuat turun perisian tambahan secara online seperti Adobe Reader, WinRAR, update antivirus dan lain-lain lagi. Berikut adalah senarai nama guru yang terlibat dalam kursus ini.

Kerja Seorang GPB

Kiriman Cikgu Faizah | Monday, February 22, 2010 | 0 komen »

Dulu aku tak pernah bermimpi untuk menjadi seorang GPB. GPB ialah Guru Penyelaras Bestari yang tugasnya dikaitkan secara langsung dengan kepintaran penggunaan ICT di sekolah sama ada dalam pengurusan, p&p dan seumpamanya. Suatu kerja yang sangat mencabar minda tetapi menyeronokkan.

Mengikut senarai tugas yang dikeluarkan oleh BTP, tugas GPB ialah:

1. Merancang dan mengajar Matapelajaran antara 6 hingga 8 waktu seminggu.

2. Sebagai penghubung tunggal (single point of contact) bagi pihak sekolah.

3. Mengurus dan menyelenggara kemudahan ICT dan perisian-perisian aplikasi yang dibekalkan serta menyelesaikan serta menyelesaikan masalah teknikal yang mungkin timbul.
  • Memastikan kemudahan insfrastruktur teknologi yang diterima daripada pembekal atau kontraktor memenuhi spesifikasi seperti ditentukan oleh Kementerian Pendidikan.
  • Mengurus dan memastikan rangkaian LAN dan WAN berjalan dengan baik setiap hari termasuk peralatan rangkaian seperti pelayan, modem, router, hub dan sebagainya.
  • Memastikan kesemua insfrastruktur teknologi berada dalam keadaan baik.
  • Memastikan kebersihan dan persekitaran yang selesa bagi bilik-bilik kemudahan insfrastruktur teknologi tempatan.
4. Menyediakan keperluan peralatan ICT untuk guru dan membantu serta membimbing mereka sewaktu menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran.
  • Memastikan semua aplikasi perisian yang dipasang berfungsi seperti yang diperlukan oleh pihak pengguna.
  • Mengurus keperluan insfrastruktur teknologi untuk kegunaan warga sekolah dan membantu serta membimbing mereka sewaktu menggunakannya dalam aktiviti-aktiviti sekolah.
  • Mengurus kemudahan bahan-bahan multimedia untuk kegunaan guru seperti sidang video, penggunaan LCD projector, TV connector dan sebagainya.
5. Melatih guru menggunakan kemudahan ICT secara efektif di samping menggalakkan penggunaannya di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
  • Memastikan bahawa kursus dalaman dijalankan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru, pelajar-pelajar dan kakitangan sekolah dalam penggunaan sistem aplikasi seperti Bahan Pengajaran dan Pembelajaran.
  • Memastikan audit penggunaan kemudahan ICT dijalankan untuk menentukan keberkesanan penggunaan tersebut.
6. Melatih staf menggunakan kemudahan ICT secara efektif di samping menggalakkan penggunaannya di dalam aktiviti pengurusan dan pentadbiran.
  • Memastikan bahawa kursus dalaman dijalankan untuk meningkatkan kemahiran mengurus sistem computer (hardware & software) dan aplikasi perisian.
  • Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dan kakitangan sekolah dalam penggunaan sistem aplikasi Sistem Pengurusan Sekolah Bestari.
  • Memastikan penggunaan Sistem Pengurusan Sekolah Bestari (Smart School Management System atau SSMS) dalam pengurusan sekolah beroperasi dengan baik.
7. Menyelaras penilaian perisian pendidikan berdasarkan kriteria penilaian yang telah ditentukan oleh Kementerian Pendidikan.
  • Menilai perisian Bahan Pengajaran-Pembelajaran dan lain-lain perisian yang dibekalkan.
8. Sebagai pengurus e-mel.
  • Mengurus akaun dan e-mel warga sekolah.
9. Memastikan integriti dan keselamatan data.
  • Memastikan supaya ciri-ciri polisi keselamatan (security policies) dipatuhi seperti yang ditetapkan oleh pihak pengurusan.
  • Memastikan keselamatan kemudahan insfrastruktur teknologi dengan langkah-langkah seperti berikut:-
  • Memastikan pemasangan jeriji besi di bilik-bilik yang ditempatkan banyak komputer.
  • Memastikan bilik server hanya boleh dimasuki oleh pihak yang diberi kuasa sahaja.
  • Memastikan alat hawa dingin yang dibekalkan berfungsi dengan baik.
  • Memastikan alat pemadam api berada dalam keadaan baik dan berada di tempat-tempat yang telah dikenal pasti.
  • Memastikan keselamatan melalui langkah-langkah berikut:-
  • Memastikan konfigurasi sistem beroperasi dengan baik dan lancar.
  • Memastikan computer bebas dari virus.
  • Memastikan alat hawa dingin yang dibekalkan berfungsi dengan baik.
  • Membuat backup dan replikasi maklumat mengikut jadual yang disyorkan.
10. Sebagai pakar rujuk dan pegawai sumber (resource person) ICT sekolah dan sentiasa mengikuti perkembangan ICT semasa.
  • Memainkan peranan sebagai pakar rujuk kepada pengguna yang menghadapi masalah dengan sistem pengoperasian, perkakasan dan perisian seperti Windows, SSMS, MS Office, E-mail, Internet, Printer, dan lain-lain lagi.
  • Mengenal pasti masalah yang timbul sama ada masalah yang berkaitan perkakasan, sistem pengoperasian, sistem rangkaian atau perisian-perisian seperti Pengurusan Sekolah Bestari dan Bahan Pengajaran-Pembelajaran dan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi.
  • Menentukan kelancaran perjalanan sistem rangkaian secara keseluruhan dan sentiasa memastikan bahawa pengguna (Enduser) dapat menggunakan sistem dan aplikasi secara optimum.
11. Menyediakan laporan dan maklumat perkembangan aktiviti sekolah bestari kepada pihak yang berkenaan.
  • Menjalankan Configuration Management Audit mengikut jadual yang ditetapkan.
  • Menjalankan pemantauan dan menyediakan laporan terhadap kecekapan rangkaian, tahap penggunaan komponen Penyelesaian Bersepadu Sekolah Bestari supaya membantu perancangan menaik taraf kemudahan ICT sekolah.
  • Membantu menyediakan belanjawan keperluan ICT untuk sekolah.
12. Mempertingkatkan budaya ICT di sekolah.
  • Menyediakan garis panduan/peraturan/tatacara penggunaan kemudahan insfrastruktur teknologi.
  • Merancang, mengurus dan menyelaras laman web sekolah.
13. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah dari masa ke semasa.
  • Memberi penerangan kepada para pelawat sama ada dalam negeri dan luar negara mengenai Penyelarasan Bersepadu Bestari
Hari ini aku berjaya menyiapkan perkara berkaitan dengan:
  • KEWPA 7
  • menghantar email berkenaan permohonan talian schoolnet 4MB
  • menghantar sms sekolah kepada AJK ICT tentang analisis penggunaan makmal
  • SPPICT (seorang guru gagal menghantar borang telah diingatkan beberapa kali). kerja memasukkan data online tertunda.
  • mengemaskini portal SMTMT
  • memberi maklumbalas di portal BPTV berkaitan schoolnet dan LMS
  • mengemaskini dan mencetak laporan ICT 2009, carta organisasi, senarai tugas dll yang berkaitan pembestarian SMTMT.
Done - aku nak balik.

Carta Organisasi JK Kerja Pembestarian Tahun 2010

Kiriman Cikgu Faizah | Sunday, February 21, 2010 | , , | 0 komen »

Klik gamba untuk besarkan

Perancangan Jangka Pendek 2010

Kiriman Cikgu Faizah | Saturday, February 20, 2010 | 0 komen »

Bil

Perkara

Tarikh

Unit

Peserta

1.

Perlantikan Pengawas ICT

Jan

GPM & GPB

Pengawas ICT

2.

Mesyuarat JK Induk

19 Jan

GPB

JK Induk

3.

Mesyuarat JK Kerja

Jan, Mei, Sept

Semua

JK Kerja

4.

Menambah capaian internet /Wireless ke bilik-bilik khas – Bengkel, Bilik Guru, Bilik Peperiksaan, Makmal Sains, Bilik PPSMI, Asrama

Jan-Feb

Infratruktur

(CNN)

Pentadbir

GPB/ITC

Juruteknik

5.

Pengagihan Komputer ke Bengkel, Bilik APD3 dan Perpustakaan.

Januari

Juruteknik

Ketua Bengkel, Penyelaras APD3, GPM

6.

Pemasangan Kelengkapan LMS di Makmal Siber

Januari

Infrastruktur

(Tajaan MAMPU)

Pentadbir

GPB/ITC

Juruteknik

7.

Penyelenggaraan bahan dan keceriaan bilik

Jan - Nov

Semua

Pengawas

ICT

8.

Perjumpaan Pengawas ICT

Jan, Mei, Sept

GPB/ITC

Pengawas

ICT

9.

Kemaskini data Emis & Borang M

Jan - Okt

Guru Data

JK Emis

10.

Kemaskini data pelajar Tingkatan 5 (SMM/BMM)

Jan, Feb, Jun

Penyelaras

SMM/BMM

Guru Tingkatan 5

11.

Kemasukan data pelajar Tingkatan 4 (SMM/BMM)

Feb, Mac, Jun

Penyelaras SMM/BMM

Guru Tingkatan 4

12.

Kursus Latihguna Sistem Classroom Spy

Februari

GPB/ITC

Guru

13.

Kursus Latihguna Portal

Mac

ULKS/Penyelaras Siber/Portal

JK Portal & Buletin

14.

Kemaskini Inventori ICT

Jan - Okt

Penyelaras Makmal

Juruteknik

15.

Kemaskini Portal SMMT

Jan - Nov

Penyelaras Portal

JK Portal/

Pengawas ICT

16.

Kursus Membina Blog

Apr

ULKS/

JK Kerja

Guru

17.

Pertandingan Blog

April

ULKS/

JK Kerja

Guru/

Pelajar

18.

Pertandingan Power Point

April

JK Kerja

Guru/

Pelajar

19.

Backup Data Server/Portal

Jan - Nov

Penyelaras

Portal

Juruteknik

20.

Lawatan ke PSS Cemerlang/

Sekolah Bestari

Mei

Semua

Guru/

Pengawas ICT

21.

Anugerah Pengawas ICT Cemerlang

Jun - Okt

JK Kerja

Pengawas ICT

22.

Jamuan Akhir Tahun/ Penyampaian Sijil Pengawas ICT

Okt

Penyelaras Makmal

Guru/

Pengawas ICT

23.

Memperbaharui sewa domain & hosting Portal

Mac

Penyelaras

Portal

JK Portal

24.

Pemilihan calon pengawas ICT Tingkatan 4

Mac

Penyelaras Makmal

Pelajar Tingkatan 4

Carta Organisasi JK Kerja Pembestarian

Kiriman Cikgu Faizah | Saturday, February 20, 2010 | , , | 0 komen »

Klik foto untuk besarkan

Carta Organisasi JK Induk Pembestarian

Kiriman Cikgu Faizah | Saturday, February 20, 2010 | , , | 0 komen »

Klik foto untuk besarkan

Perancangan Aktiviti Pembestarian Peringkat Negeri

Kiriman Cikgu Faizah | Saturday, February 20, 2010 | , | 0 komen »

Klik foto untuk besarkan saiz

Mesyuarat JK Kerja Pembestarian 1/2010

Kiriman Cikgu Faizah | Saturday, February 20, 2010 | , | 0 komen »

SURAT JEMPUTAN MESYUARAT


Dr. Hj Abd Aziz bin Sahat@Ashari (Pengetua)
Tn. Hj. Roslan bin Ab. Aziz (GPK Pentadbiran)
Pn. Suriyati binti Yaapar
En. Zaini bin Rebo
En. Afendy bin Azis
Pn. Faezah bt Mohamad
Cik Fazlina binti Yaacop
Pn. Nurhidayati Mohammad
Pn. Suriyani binti Shamsudin
Pn. Nik Nurashikin binti Nik Othman
En. Mior Mohd Azlan bin Mohamed Zin
En. Mohd Hakim bin Ibrahim
En. Hasmori bin Sakrani
Cik Sh. Saadiah binti Sy. Idrus
Cik Siti Hajar binti Din
En. Abdul Rashid bin Lizan
En. Abd Manap bin Nordin
En. Azhar bin Abd Jalil
Pn. Suriati bt Ali
En. Tan Lang Seng
En. Che Malik bin Shafie
Pn. Asmawati bt Hashim
Pn. Hjh Aishah bt Md Jan
En. Tan Eng Sun
En. Xavier George a/l M. Soosay
Cik Nadiyah binti Sharer
Pn. Mlleka a/p Sinniah
Cik Pathiyil Meenakshi
En. Razali b. Abdul Rahman (Juruteknik)

Tuan/Puan,

MESYUARAT JK KERJA PEMBESTARIAN KALI PERTAMA TAHUN 2010

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketentuan berikut:

Tarikh : 09 Februari 2010 (Selasa)
Masa : 2.40 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat 1
Pengerusi : Tn. Hj. Roslan bin Aziz (GPK Pentadbiran)

3. Agenda Mesyuarat:
  1. Ucapan Pengerusi
  2. Ucapan Pengetua
  3. Laporan Jawatankuasa ICT Tahun 2009
  4. Perancangan Aktiviti Tahun 2010
  5. Pengurusan Makmal
  6. Perlantikan AJK dan Pembahagian Tugas
  7. Hal-hal lain
  8. Ucapan Penangguhan

Kehadiran dan kerjasama tuan/puan diucapkan terima kasih.

Sekian.

Saya yang menurut perintah,


..............................................
(Pn Norfaizah bt Anuar)
Guru Penyelaras Bestari
SM Teknik Melaka Tengah

Foto ketika mesyuarat dijalankan


Mesyuarat Induk Pembestarian 1/2010

Kiriman Cikgu Faizah | Saturday, February 20, 2010 | , | 0 komen »

Kepada,

Dr. Hj Abd Aziz bin Sahat@Ashari (Pengetua)
En. Roslan bin Ab. Aziz (GPK Pentadbiran)
Tn. Hj Harunarashid bin Mohd Yusof (GPK HEM)
En. Teo Choon Seng (GPK Kokurikulum)
Pn. Hjh Sarah bt Samat (GKMP Kemanusiaan)
En. Tan Eng Sun (GKMP Sains & Matematik)
Pn. Vasanthy a/p K. Munusamy (GKMP Bahasa)
En. Abd Ghani bin Mohd Nor (GKMP Teknik)
En. Abd Rashid bin Md Yusoff (GKMP Vokasional)
Pn. Shakila bt Safri (Guru Cemerlang)
Pn. Hjh Pauziah bt Kassim (Kaunselor)
Pn. Hjh Nor Aziah bt Abd Wahid (PIBG)
Pn. Suryati bt Yaapar (Guru Media)
Pn. Hjh Shamsiah bt A. Rashid (Ketua Pembantu Tadbir)
En. Razali bin Abdul Rahman (Juruteknik Komputer)
Semua Ketua Panitia
Semua Ketua Bengkel

Tuan/Puan,

MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK PEMBESTARIAN SEKOLAH KALI PERTAMA 2010

Adalah saya merujuk kepada perkara di atas, mesyuarat berkenaan akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 21 Januari 2010 (Khamis)
Masa : 3.00 ptg
Tempat : Bilik Mesyuarat 1

2. Agenda Mesyuarat:
  1. Ucapan Pengerusi
  2. Perancangan Pembestarian SMTMT 2010
  3. Pembelian bahan dan peralatan/anggaran belanjawan 2010
  4. Visi/Misi Pembestarian SMTMT
  5. Makmal-Makmal Komputer
  6. Hal-hal lain.
3. Semoga dengan kehadiran tuan/puan dapat meningkatkan keberkesanan fungsi pembestarian SMTMT


Sekian, terima kasih.


Saya yang menjalankan tugas,



...................................................
(Pn Norfaizah bt Anuar)
Guru Penyelaras Bestari


Edit Foto Menggunakan MS Office Picture Manager

Kiriman Cikgu Faizah | Thursday, February 18, 2010 | | 0 komen »

Microsoft Office Picture Manager adalah salah satu program dari Microsoft Office. Microsoft Office Picture Manager digunakan untuk mengedit foto. Tujuannya pelbagai seperti mengecilkan saiz foto, edit kecerahan dan lain-lain. Untuk mengecilkan saiz gambar, sila ikuti langkah-langkah di bawah:

1. Buka folder foto yang ingin kita edit (biasanya disimpan di folder "Pictures").


2. Setelah itu, klik kanan butang tetikus pada foto yang ingin kita edit dan muncul beberapa program seperti gambar di bawah. Klik pada Microsoft Office Picture Manager.

3. Bila muncul paparan seperti di bawah, klik "Edit Pictures".

4. Bila muncul paparan seperti di bawah, klik "Resize".

5. Bila muncul paparan seperti di bawah, klik button "Predefined Width x Height" dan set kepada saiz web iaitu 640 x 480 px seperti di bawah.

5. Seterusnya klik OK dan "Save" foto yang telah siap diedit.

Foto yang telah dikecilkan saiznya ini sesuai digunakan untuk blog/web kerana lebih pantas di'upload' dan menjimatkan ruang.

Selamat mencuba!

Jawatankuasa ICT SMTMT

Kiriman Zanans | Sunday, February 07, 2010 | | 0 komen »

Salam Sejahtera, tiga daripada beberapa orang dari Jawatankuasa ICT SMTMT sedang bertungkus lumus membuat persediaan persembahan multimedia sempena Majlis Perhimpunan Pagi Bersama Ketua Menteri Melaka YAB Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam yang akan diadakan pada hari Isnin, 8 Februari 2010.

Saya, Norfaizah binti Anuar [GPB - bertudung kuning] mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama padu yang diberikan oleh 2 orang sahabat yg juga ajk ICT 2010 iaitu Razali bin Abdul Rahman [juruteknik komputer] dan Nurhidayati Mohamad [guru ICT] dalam menjayakan sesi rehearsal pada hari Jumaat dan Sabtu yg lepas.

Terima kasih juga diucapkan kepada boss PKG [En. Kamaruddin] dan BTPN atas kesudian meminjamkan TV LCD untuk majlis itu. Semoga semuanya berjalan lancar seperti yang diharapkan.

Kursus Moodle LMS

Kiriman Zanans | Sunday, February 07, 2010 | | 0 komen »

2 - 3 Februari 2010, seramai 3 orang guru ICT SMTMT telah terpilih mewakili Melaka untuk menghadiri Kursus Moodle LMS di BTPN Selangor. Kursus ini mendedahkan guru kepada pembangunan laman web berasaskan Learning Management System (LMS) menggunakan Moodle.

Ia sangat powerfull di mana guru-guru dan pelajar boleh melakukan pembelajaran secara online seperti menjawab soalan ujian, pemarkahan [grading], forum, soalan assignment, submit assignment secara online dan lain-lain.

Sepanjang kursus, kami telah di pantau oleh pegawai dari JPN, BTPN dan PKG. Kursus disampaikan oleh Mr Mark Stevens dan Mr. Chong.

Apa yang perlu dilakukan oleh pihak sekolah ialah:
  • menempatkan program LMS Moodle ini ke dalam server tajaan MAMPU di Makmal Siber
  • membangunkan portal LMS mengikut kesesuaian sekolah
  • melatih guru untuk memuatkan portal dengan maklumat berkaitan
  • mendaftarkan pelajar sebagai ahli
  • melaksanakan aktiviti seperti yang dikehendaki oleh LMS
Perkembangan dan perjalanan LMS ini akan dipantau oleh pihak MAMPU dari masa ke semasa secara online dan menggunakan PC yang diberi dengan optimum.

Pemantauan pertama akan dilakukan pada 9 Februari 2010 dan penilaian akan dibuat pada bulan Oktober nanti.