Wajah Baru Makmal Bestari

Kiriman Cikgu Faizah | Friday, May 22, 2009 | | 0 komen »

Bermula tahun 2009, Unit ICT telah menjalani proses penyusunan semula jawatankuasa-jawatankuasa di beberapa unit. Hasil kerjasasama dan gandingan mantap ketua baru dan para ahli dari berapa unit telah memperlihatkan beberapa perubahan yang membanggakan.

Berikut adalah beberapa sub-unit yang dilihat mempertingkatkan kualiti perkhidmatan premis jagaan mereka.

Makmal Bestari:

Makmal Bestari SMTMT merupakan projek makmal komputer yang dibangunkan oleh pihak KPM sejak tahun 2002 dan mula digunakan pada tahun 2005. Ia dilengkapi dengan 40 buah komputer untuk kegunaan pelajar dan 2 buah komputer untui kepada k guru. Makmal Bestari terbahagi kepada dua bahagian iaitu Makmal Alfa dan Makmal Beta. Setiap makmal mempunyai 21 buah komputer dan LCD Projektor untuk memudahkan proses p&p oleh guru-guru.

Rangkaian LAN dan WAN yang disambungkan ke setiap komputer di dalam makmal ini melalui sebuah pelayan (server) di bawah pemantauan GITN & Schoolnet membilehkan guru dan pelajar melayari internet dengan selamat.

Selain itu, makmal ini juga digunakan oleh guru-guru menjalani perbengkelan ICT anjuran PKG Ayer Molek serta ULKS SMTMT.

Dalam usaha mempertingkat keberkesanan perkhidmatan yang ditawarkan, beberapa kerja menaiktaraf telah dibuat di makmal ini. Antaranya ialah mengkonfigurasi semula server, memperbaiki sistem perfailan dan menambah keceriaan makmal. Berikut adalah kerja-kerja yang telah dilaksanakan.




Guru ICT - Pn Nurhidayati, GPB - Pn Norfaizah, Penyelia Server - En Rashid dan Juruteknik Komputer - En Razali sedang mengupgrade dan mengkonfigurasi pelayan (server). Kerja-kerja ini dijalankan pada 9 Januari 2009.



Memasang border, menghias papan kenyataan dengan info-info ICT, membersihkan makmal, mengemas bilik server dan stor peralatan serta kerja-kerja menyelenggara komputer dilakukan oleh Penyelaras Makmal Bestari - Pn Ruszalinah bersama AJK Guru, pengawas ICT dan Juruteknik Komputer pada 10 Mac 2009.

Selamat Hari Guru

Kiriman Cikgu Faizah | Saturday, May 16, 2009 | | 0 komen »

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota
Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada
Negara Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya
Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta
Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi

Strategi Perlaksanaan

Kiriman Cikgu Faizah | Saturday, May 16, 2009 | | 0 komen »

Hardware:

Menyediakan hardware yang lengkap dengan mengambil kira inisiatif sedia ada seperti;

  1. Sekolah Bestari
  2. Makmal Komputer
  3. SchoolNet
  4. PPSMI
  5. TV Pendidikan
Software:

Melengkapkan perisian dan bahan-bahan digital seperti;

  1. perisian sistem dan aplikasi
  2. perisian kursus sekolah bestari
  3. perisian kursus PPSMI
  4. Program TV Pendidikan
Wetware:

Memberi bimbingan dan latihan;

  1. Asas Penggunaan Komputer
  2. Penggunaan Kompuiter untuk Pengajaran dan Pembelajaran
  3. Penggunaan Perisian Kursus
  4. Penggunaan TV Pendidikan dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Status Semasa Dan Cabaran

Kiriman Cikgu Faizah | Saturday, May 16, 2009 | 0 komen »

  1. Sekolah Bestari secara ringkas boleh didefinisikan sebagai suatu sistem pendidikan yang mana proses pengajaran dan pembelajaran lebih berpusat kepada pelajar dengan menggunakan pendekatan yang lebih kritis dan kreatif serta menggunakan teknologi sebagai pengupaya. Penggunaan ICT sebagai bahan bantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan jantung Sekolah Bestari. Pendekatan ini tidak hanya terhad dalam kurikulum, pedagogi, pentaksiran, pengajaran dan pembelajaran, malah juga dalam bidang pengurusan sekolah. Pengurusan dan pentadbiran sekolah dibestarikan agar pengurus sekolah dapat menguruskan perjalanan sesebuah sekolah dengan lebih efektif.
  2. Walau bagaimanapun, dalam proses menubuhkan Sekolah Bestari diseluruh negara, KPM kemudiannya telah mengambil langkah bijak dan kos efektif dengan memperkenalkan Program Pembestarian Sekolah. Ini memandangkan untuk membekalkan infrastruktur teknologi penuh sebuah Sekolah Bestari, Kerajaan perlu membelanjakan sebanyak RM1.8 juta, manakala untuk membekalkan infrastruktur teknologi makmal komputer, kerajaan memerlukan peruntukan sebanyak RM642,000 bagi sebuah sekolah. Oleh itu, alternatif yang terbaik adalah dengan cara membestarikan sekolah sedia ada yang hanya memerlukan peruntukan yang jauh lebih rendah untuk setiap buah sekolah.
  3. Program Pembestarian Sekolah memberi maksud mengaplikasikan konsep Sekolah Bestari pada semua sekolah rendah dan menengah di seluruh negara. Komponen utama pembestarian sekolah adalah berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT. Proses Pembestarian sekolah dapat melatih guru dan pelajar berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru, kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan pelajar yang mengamalkan pembelajaran akses kendiri (self-accessed), terarah kendiri (self-directed) dan kadar kendiri (self-paced).
  4. Pelaksanaan pembestarian ini mengambil kira (leveraging) semua inisiatif ICT yang sedia ada di sekolah merangkumi tiga perkara utama iaitu hardware, software dan wetware. Untuk itu, KPM telah pun membekalkan pelbagai peralatan dan kemudahan ICT seperti komputer, pencetak, server, projektor dan rangkaian. Statistik sehingga April 2005 menunjukkan sebanyak 4500 buah sekolah rendah dan menengah di seluruh negara telah dilengkapi dengan makmal komputer, sementara 8120 buah sekolah telah dirangkaikan dengan capaian internet berjalur lebar melalui rangkaian SchoolNet.
  5. Pelbagai perisian kursus telah dibangunkan, baik oleh pihak KPM mahu pun dengan kerjasama pihak swasta. Perisian kursus untuk kegunaan Sekolah Bestari yang melibatkan empat mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik telah dibangunkan dengan kerjasama pihak swasta. Selain daripada menghasilkan perisian kursus untuk digunakan oleh guru dan pelajar dalam program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
  6. Pembestarian sekolah melibatkan pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan dengan penggunaan aplikasi Smart School Management System (SSMS), Educational Management Information System (EMIS) dapat m,embantu memperkemaskan pengaliran dan perkongsian maklumat di peringkat sekolah, jabatan dan kementerian.
  7. Latihan kemahiran ICT kepada individu yang terlibat sentiasa diadakan dari semasa ke semasa. Pentadbir sekolah, guru, staf sokongan dan personel di pelbagai peringkat Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri, dan Bahagian-bahagian di KPM turut dibimbing dan dilatih menggunakan segala kemudahan ICT yang disediakan.

Skop Pembestarian

Kiriman Cikgu Faizah | Saturday, May 16, 2009 | | 0 komen »

Pelaksanaan pembestarian ini memanfaatkan (leverage) kepada semua inisistif ICT yang sedia ada di sekolah merangkumi tiga elemen utama iaitu infrastruktur ICT dan Aplikasi Pengurusan, Pengisian Pengajaran dan Pembelajaran (P&P), dan Pembangunan Sumber Manusia. Fokus Pembestarian Sekolah ialah untuk memastikan semua sekolah akan mempunyai kecapaian ICT yang sama dengan;
  • menyediakan kemudahan infrastruktur dan perkakasan yang mencukupi
  • menyediakan perisian dan bahan-bahan digital yang lengkap
  • memberi latihan yang secukupnya kepada semua guru, pentadbir dan staf sekongan
Pembestarian Sekolah akan menfaatkan tiga (3) elemen utama iaitu yang telah dilaksanakan ke sekolah-sekolah melalui projek-projek Kementerian seperti berikut;
  • projek makmal Komputer Sekolah
  • program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)
  • rangkaian SchoolNet
  • rancangan TV pendidikan
  • projek Rintis Sekolah Bestari
  • ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
  • mata Pelajaran yang Berasaskan ICT
  • perkongsian Pintar dengan Syarikat Swasta
  • latihan ICT Guru
  • pengurusan Perubahan bagi Guru dan Pentadbir Sekolah

Program Pembestarian ini akan dijalankan secara berperingkat dan berfasa mengikut keutamaan dan keupayaan Kementerian dengan mengambil kira kesediaan sekolah.

Schoolnet

Kiriman Cikgu Faizah | Saturday, May 16, 2009 | | 0 komen »

Projek School
  1. Net melibatkan penyediaan capaian Internet jalur lebar untuk 10,000 buah sekolah di seluruh negara.
  2. Prasarana SchoolNet menyediakan kemudahan belajar tanpa sempadan yang melangkaui bilik darjah biasa.
Mengapa SchoolNet diwujudkan?
  1. Menyediakan infrastruktur komunikasi bagi melaksanakan program sekolah bestari di semua sekolah-sekolah di Malaysia.
  2. Merapatkan jurang digital di antara pelajar-pelajar sekolah di bandar dan luar bandar.
  3. Memoden dan mempertingkat keberkesanan sistem pendidikan negara.
  4. Mewujudkan suasana pendidikan interaktif.
Wawasan SchoolNet
  1. Mewujudkan masyarakat berilmu bagi merealisasikan k-ekonomi.
  2. Mewujudkan masyarakat yang celik IT.
  3. Membentuk tenaga kerja mahir sejajar dengan matlamat Wawasan 2020.
Tanggungjawab Menjalankan Projek SchoolNet
  1. Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK).
  2. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Bagaimana Projek SchoolNet Dibangunkan?

Bagi mempastikan kesemua 10,000 buah sekolah di Malaysia menikmati Projek SchoolNet dengan kelajuan 1Mbps “downlink” dan 128Kbps “uplink”, tiga (3) jenis teknologi digunakan:-
  1. Talian Langganan Digital Asimetrik (ADSL) iaitu teknologi memancarkan maklumat digital dengan menggunakan talian telefon (copper) untuk kawasan Bandar.
  2. Wayarles iaitu teknologi memancarkan isyarat digital melalui gelombang udara untuk kawasan terpencil.
  3. Terminal Bukaan Amat Kecil (VSAT) iaitu teknologi pemancaran dan penerimaan isyarat digital melalui satelit dan stesen bumi untuk kawasan luar Bandar.
Status Pemasangan Schoolnet untuk sekolah

Ujian Penerimaan Pengguna (UAT ): 9239
Jumlah Sekolah : 9628
Dalam Proses : 389
KIV : 375

Status Keseluruhan Pemasangan Schoolnet

Ujian Penerimaan Pengguna (UAT ): 9321
Jumlah Sekolah : 9710
Dalam Proses : 389
KIV : 375

Sebarang laporan kerosakan oleh pihak sekolah mengenai Projek SchoolNet hendaklah dirujuk kepada Pusat Panggilan berikut :-

1-300-88-2888 dan emel schoolnet@moe.gov.my

Dasar Dan Matlamat

Kiriman Cikgu Faizah | Saturday, May 16, 2009 | | 0 komen »

Dasar Pembestarian semua sekolah merangkumi dasar ICT iaitu;
  1. ICT untuk semua pelajar
  2. ICT sebagai alat pengajaran dan pembelajaran, sebagai mata pelajaran dan komponen mata pelajaran
  3. ICT digunakan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem pendidikan
Matlamat Pembestarian Sekolah ialah untuk mengoptimumkan potensi murid di semua sekolah Malaysia dengan menggunakan ICT sebagai pengupaya kepada pengajaran dan pembelajaran.

Program Perkongsian Pintar

Kiriman Cikgu Faizah | Monday, May 11, 2009 | | 0 komen »

Bimbingan Perguruan Profesional dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BPPT)

Pengenalan : Merupakan program kerjasama di antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Prestariang Technology Sdn. Bhd. (PTSB) untuk melatih guru Bila dan Bagaimana untuk mengintegrasikan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Mulai thaun 2004, seramai 100,000 orang guru telah dilatih. Sesi latihan telah dibimbing oleh Jurulatih Utama dan Jurulatih Teknikal di 90 buah pusat latihan seluruh negara.

Objektif Program BPPT :

  1. Melengkapkan guru dengan pengetahuan, pemahaman dan kemahiran mengenai Bila dan Bagaimana untuk menggunakan ICT di dalam pengajaran mereka.
  2. Untuk meningkatkan tahap pencapaian pelajar melalui peningkatan penggunaan ICT di dalam pembelajaran
  3. Untuk mewujudkan National Resource Data Bank yang berkualiti tinggi, bahan P&P berasaskan teknologi yang dihasilkan oleh guru untuk kegunaan guru.



Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

Pengenalan : PPSMI telah termaktub sebagai keputusan dasar kerajaan Malaysia hasil daripada Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002. Pelaksanaan PPSMI adalah secara berperingkat, bermula pada sesi persekolahan tahun 2003 dengan perintisnya ialah semua murid Tahun 1 untuk peringkat Sekolah Rendah dan Tingkatan 1 serta Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat Sekolah Menengah. Pelaksanaan penuh PPSMI ialah pada tahun 2007 untuk peringkat Sekolah Menengah sementara peringkat Sekolah Rendah ialah pada tahun 2008.

Rasional kepada peralihan bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris adalah amat penting dalam menghadapi cabaran globalisasi dan ledakan maklumat masa kini:

  1. Bahasa Inggeris adalah bahasa ilmu dan bahasa hubungan antarabangsa
  2. Bahasa Inggeris dipelajari oleh pelajar selama 11 tahun tetapi prestasi masih belum memuaskan
  3. Bahasa Inggeris memudahkan perolehan ilmu



SMS SEKOLAH – MyPressto

Pengenalan : SMS Sekolah merupakan perkhidmatan interaktif terkini yang membolehkan ibu bapa dan pihak sekolah mendapatkan maklumat berkaitan murid dan persekolahan mereka melalui teknologi SMS. Perkhidmatan ini boleh digunakan oleh ibu bapa atau penjaga yang mendaftar dan melanggan perkhidmatan ini. Ibu bapa boleh memperolehi pelbagai info berkaitan persekolahan seperti kehadiran murid, jadual persekolahan, kesalahan disiplin, jadual peperiksaan, keputusan peperiksaan, aktiviti persekolahan, aktiviti PIBG dan latihan kerja rumah.




Intel School Adoption Program Intel

Pengenalan : School Adoption Program merupakan program kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia dengan Intel Corporation. Intel School Adoption Program adalah sebahagian daripada The Intel World Ahead Programme.

Ciri-ciri School Adoption Program adalah seperti berikut:

  1. Kolaborasi bersama dengan Kementerian Pelajaran untuk menunjukkan perkembangan kemahiran pembelajaran abad ke-21, dengan penumpuan kepada pembelajaran berbantukan komputer 1:1;
  2. Peningkatan akses kepada komputer untuk murid di sekolah;
  3. Latihan guru untuk meningkatkan pembelajaran berdasarkan inkuiri;
  4. Latihan pemimpin sekolah dari segi pembangunan pelan ICT;
  5. Skop projek: projek rintis pada 2007; peluasan pada 2008; dan
  6. Projek rintis: bantuan kepada satu kelas di sekolah terpilih untuk menunjukkan pembelajaran berpusatkan murid 1:1.

Lagi mengenai Perkongsian Pintar KPM-INTEL:Projek Sekolah Angkat KPM-INTEL :

MOE-Intel School Adoption Project Phase 1 Report (pdf, 4.26 MB)

Towards the Malaysian Classroom of the Future

Coverage Report, Dec 13, 2007- 1:1 (One-to-one) e-learning Classroom Visit (SK Ayer Keroh, Melaka) by the Minister of Education (pdf, 1.30 MB)

MoE Secretary General’s Visit to SMK Seri Permaisuri, KL (24 March 2008) (pdf, 2.04 MB)




Perkongsian Pintar KPM-Oracle : Portal Kolaborasi Online Think.com

Pengenalan : Think.com merupakan program kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia dengan Oracle dibawah program Oracle Education Foundation. Melalui portal ini, murid-murid sekolah dapat berkomunikasi, berkolaborasi serta berpeluang berkongsi budaya dan cara hidup dengan mempelajarinya dengan rakan-rakan daripada negara luar. Think.com adalah portal percuma yang dilaksanakan dalam persekitaran terkawal serta memberi kemudahan untuk berkolaborasi kepada murid dan guru sekolah melalui webspace dan emel.

Untuk maklumat lanjut, muat turun dokumen ini :

Think Programs: Building 21st Century Learning Skills (zip, 46.6 MB)

Think.Com in Malaysia Video (rar, 56 MB)

Mesyuarat Induk Pembestarian SMTMT

Kiriman Cikgu Faizah | Saturday, May 09, 2009 | | 0 komen »

Ruj: SMTMT.BESTARI.ICT/09(01)
Tarikh: 07 Mei 2009

Kepada,

Dr. Hj Abd Aziz bin Sahat@Ashari
Tn Hj. Roslan bin Ab. Aziz
Tn Hj. Harunarasid bin Mohd Yusof
En. Teo Choon Seng
Pn. Vasanthy a/p K. Munusamy
Pn. Hjh Sarah bt. Samat
En. Tan Eng Sun
En. Abd. Ghani Bin Md. Nor
En. Abdul Rashid bin Md. Yusoff
Pn. Hjh Habibah bt Bakri
Pn. Nurhidayati bt Mohammad

Tuan/Puan,

MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK PEMBESTARIAN SEKOLAH

Adalah saya merujuk kepada perkara di atas

1. Mesyuarat berkenaan akan diadakan pada ketetapan berikut:
  • Tarikh : 8 Mei 2009 (Jumaat)
  • Masa : 10.00 pg
  • Tempat : Bilik Wawasan
2. Agenda Mesyuarat:
  • Ucapan Pengerusi
  • Ucapan Pengetua
  • Pembestarian SMTMT
  • Perancangan
  • Senarai Tugas
  • Sistem Fail
  • Agihan Tugas
  • Hal-hal lain
3. Kehadiran tuan/puan ke mesyuarat ini saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian.

Saya yang menjalankan tugas,

...................................................
(Pn Norfaizah bt Anuar)
Setiausaha Pembestarian Sekolah
SM Teknik Melaka Tengah