Rabu, 30 Mac 2011 - Refresher Training Bagi Sekolah-Sekolah Projek LMS Tajaan Mampu telah diadakan di Makmal Siber, SM Vokasional Melaka Tengah. Training bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang ini turut dihadiri wakil dari BTPN Melaka En. Sulaiman bin Abd Rahim dan En. Musman bin Hj Saleyo.

Selain itu, pihak sekolah juga menjemput wakil dari MeOSSIS Negeri Melaka untuk menyertai training ini bagi mendalami pengetahuan mengenai LMS.

Dalam training yang disampaikan oleh En. Chong Wai Kong dari Syarikat Forte Tech (pembangun projek LMS), guru didedahkan dengan kaedah menyediakan rancangan pelajaran yang mengandungi bahan rujukan, tugasan, kuiz dan pautan-pautan berkaitan dengan topik yang akan diajar. Guru juga dilatih bagaimana memberi markah (grade) kepada pelajar melalui sistem ini.

Bengkel Penghuraian Strategik SSQS Kohot 4

Kiriman Zanans | Thursday, March 24, 2011 | , | 0 komen »

Khamis, 24 Mac 2011 - Bengkel Penghuraian Strategik SSQS Kohot 4 telah diadakan di BTPN Melaka bermula jam 8.00 pagi - 5.00 petang. Objektif bengkel ini adalah untuk membincangkan dan membuat sumbang saran mengenai Strategik SSQS yang akan dijalankan pada bulan Jun nanti.

Bengkel ini dihadiri oleh Guru Penyelaras Bestari/Guru Penyelaras ICT dari 93 buah sekolah di Negeri Melaka yang telah berjaya mencapai 5 Bintang dalam SSQS.

SM Vokasional Melaka tengah adalah antara beberapa buah sekolah yang dipilih untuk berkongsi strategi yang dilaksanakan di peringkat sekolah dan projek yang dimiliki oleh sekolah sehingga berjaya mencapai taraf 5 bintang.

Kekuatan SMVMT ialah memiliki LMS yang banyak membantu guru-guru dalam P&P. Diharapkan pada tahun 2011 taraf 5 bintang ini dapat dikekalkan.

Openoffice.org Impress Presentation

Kiriman Zanans | Friday, March 11, 2011 | | 0 komen »

Adalah dimaklumkan bahawa Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), Jabatan Pelajaran Melaka telah diberi mandat untuk mengelola Pertandingan Multimedia Berasaskan OpenOffice.org Impress Presentation semasa Karnival Pendidikan Melaka yang akan berlangsung pada 5 hingga 8 Mei 2011 di MITC, Ayer Keroh, Melaka. Pertandingan tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 5 Mei 2011 (Khamis)
Masa Pertandingan :10.00 pagi hingga 11.00 pagi (1 Jam)
Pendaftaran Peserta : 9.30 pagi
Tempat : Dewan MITC, Ayer Keroh, Melaka

Borang Penyertaan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), Jabatan Pelajaran Melaka selewat-lewatnya pada 31 Mac 2011. Sebarang permohonan selepas tarikh ini tidak akan dilayan. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan En. Zali Bin Ahmad di talian 06-2326093.

Sila klik di sini untuk muat turun syarat/peraturan pertandingan dan borang penyertaan.

Tutorial Joomla Bersama SMVAS

Kiriman Zanans | Friday, March 04, 2011 | | 0 komen »

Rabu, 2 Mac 2010 - Sesi tutorial Joomla telah diadakan di Makmal Siber bermula jam 8.30 pagi hingga 3.30 petang. Sesi tutorial yang disampaikan oleh GPB ini dihadiri oleh 3 orang guru Pengendali Portal SMV Ampangan iaitu Cikgu Zulkifli Majid, Cikgu Mohd Zaharuddin dan Cikgu Siow.