e-SisPA

Kiriman Cikgu Faizah | Tuesday, April 17, 2012 | 0 komen »

e-SisPA diusahakan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) berdasarkan Surat Pekeliling Bilangan 7 Tahun 2011 Pelaksanaan Standard Operating Procedure (SOP) 1:3:7 Pelaporan Dan Menangani Isu Disiplin Murid. Dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) dengan kerjasama dari Unit ICT BPSH dan Unit Pengurusan TMK Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas)

Sistem Pelaporan Aduan Online (e-SisPA), Kementerian Pelajaran Malaysia bertujuan untuk melaporkan dan merekod aduan di peringkat sekolah, Pejabat Pelajaran Daedah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Bahagian, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Projek Rintis e-SisPA melibatkan 5 buah negeri iaitu Negeri Sembilan, Melaka, Selangor, WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya.

Taklimat akan diadakan mengikut daerah di bawah kelolaan PPD masing-masing.

Laman Web e-SisPA : http://apps.moe.gov.my/sispa

Email: sys_spkd@moe.gov.my