Format Komputer

Kiriman Cikgu Faizah | Thursday, July 16, 2009 | | 0 komen »

Cara untuk format komputer ..



Bagi memastikan komputer anda akan membaca CD Windows XP yang akan dimasukkan, boot sequence haruslah ditetapkan kepada CD-ROM terlebih dahulu. Dalam kebanyakan komputer, setting ini telah sedia ditetapkan, jadi anda tidak perlu bimbang lagi. Anda boleh terus ke bahagian Format Hard Disk sekiranya tiada masalah di sini.

Namun sekiranya komputer anda tidak membaca dari CD-ROM, ikuti langkah-langkah ini untuk menetapkan boot sequence:

(Nota: Setiap komputer mempunyai paparan BIOS yang tersendiri. Jadi, apa yang anda lihat ini mungkin berbeza dari komputer anda. Namun, konsep dan asasnya tetap sama)

1. Hidupkan komputer anda.

2. Tekan butang F2 (di sesetengah komputer, anda harus tekan butang DELETE) untuk melancarkan BIOS.

3. Dalam Phoenix BIOS, pilih Advanced BIOS Features.

4.Pilih Boot Sequence.

5.Dalam urutan Boot Sequence, tentukan yang CD-ROM berada di bahagian atas sekali.

6.Tekan F10 untuk simpan setting anda dan restart komputer.


Format Hard Disk

1. Pertama sekali, anda akan nampak satu skrin dengan mesej “Press any key to boot from CD…”. Tekan apa-apa butang di sini supaya komputer akan mula membaca dari CD Windows XP.

2. Perhatikan mesej yang mula-mula keluar, “Press F6 if you need to install a third party SCSI or or RAID driver”. Mesej ini penting sekiranya anda install Windows XP ke atas Hard Disk SATA. Jika ya, tekan F6 dan masukkan disket SATA yang disertakan bersama motherboard anda. Jika tidak, abaikan mesej ini dan teruskan ke langkah 3.

3. “Welcome to Setup” dipaparkan. Tekan ENTER untuk mula install Windows XP.

4.“Windows XP Licensing Agreement”. Tekan F8 untuk teruskan.

5.Sekiranya Hard Disk anda mempunyai Windows XP, Setup akan bertanya sekiranya anda nak baiki Windows XP yang lama tu. Tekan butang ESC kerana anda nak install Windows XP yang baru.

6.Sekiranya Hard Disk anda masih baru, dan masih belum mempunyai sebarang partition, ikuti langkah 7 hingga 8. Jika ia sudah ada partition di dalamnya, teruskan pada langkah 9.

* kalau hard disk korang diserng virus, delete balik semua partition yang ada dengan tekan butang D. Kemudian buat balik partition baru dan tentukan saiz yang korang nak sebab takut-takut virus tu dah masuk ke semua partition.

7.Buat satu partition dengan menekan butang C.
8.Tentukan saiz partition anda dan tekan ENTER.

9.Pilih partition C: untuk install Windows XP.

10.Tekan butang C untuk setuju.

11.Pilih NTFS sebagai file system dan tekan ENTER.

12.Tekan butang F untuk format Hard Disk.

13.Setup akan mula format Hard Disk dan menyediakan fail bagi proses install Windows XP. Setelah proses ini selesai, komputer anda akan restart dengan sendirinya.

* proses format bergantung kepada spesifikasi komputer, kalau mantap cepat la proses format.


Install Windows XP

1.Proses install Windows XP bermula. Klik pada butang Next.

2.Masukkan nama anda dan klik butang Next.

3.Masukkan nombor siri bagi Windows XP dan klik butang Next.

4.Masukkan password bagi Administrator dan klik butang Next.

( tidak digalakkan )

5.Dalam ruangan Time Zone, pilih Kuala Lumpur dan klik butang Next.


6.Proses Setup telah bermula. Tunggu hingga selesai.

7.Sekiranya anda mempunyai Network Card, Setup akan meminta anda membuat pilihan mengenai Network. Klik sahaja pada butang Next sebanyak dua kali.

8.Tunggu sehingga keseluruhan proses install Windows XP selesai, dan komputer akan restart sekali lagi.

Mula Menggunakan Windows XP

1.Kali pertama Windows XP dimulakan, screen resolution anda akan diubah mengikut kesesuaian. Klik pada butang OK.

2.“Welcome to Microsoft Windows” dipaparkan. Klik pada butang Next.

3.Pilih “Not right now” dan tekan butang Next. Kalau pakai windows pirate dan rajin menggunakan internet, jangan ngade-ngade nak turn on automatic updates, sekali microsoft detect korang penipu habis dia hack system korang kasi mati .. hehehe... tak jujur untuk ni tak per.. huhuhu..

4.Windows akan cuba mengesan sambungan Internet anda. Anda boleh tinggalkan langkah ini dengan menekan butang Next.

5.Pilih “No, not at this time” supaya anda tak perlu mendaftar dengan Microsoft. Tekan butang Next. Kalau pakai pirate software la…

6.Masukkan nama anda dan tekan butang Next.

7.Klik pada butang Finish.

8.Kini, Windows XP telah siap sedia dipasang dan anda sudah boleh mula menggunakannya.


Kemudian install la software-software lain yang penting.. jadi anda tak perlu buang duit paling murah pun RM 20 untuk format sebab boleh buat sendiri.

Arahan tak susah pun..