Teaching Generation Y

Kiriman Cikgu Faizah | Friday, February 27, 2009 | | 0 komen »


EduWebTV

Kiriman Cikgu Faizah | Friday, February 27, 2009 | | 0 komen »


Teknologi Maklumat Untuk P&P

Kiriman Cikgu Faizah | Friday, February 27, 2009 | | 0 komen »


Biskut - Cookies

Kiriman Cikgu Faizah | Saturday, February 21, 2009 | | 2 komen »

Sekali baca macam biskut yang kita boleh makan, tapi sebenarnya ia adalah kod2 yang muncul dalam kompie semasa kita melayari internet atau melakukan lain2 aktiviti pengkomputeran. Tujuannya adalah untuk memudahkan kompie mengingat semula apa jua aktiviti yang telah kita buat sebelum ini. Perkataan ringkasnya kita panggil Cookies/Caches.

Ada ketikanya mende ni akan mengganggu/melembabkan sistem kompie jika ia disimpan terlalu lama. Lebih lama disimpan, akan lebih lembab la kompie kita...

Satu cara utk mengatasi masalah ini ialah dengan membuang cookies/caches ni. Rasa2 ramai yg tak pernah buat mende ni kan, ini bermakna cookies/caches telah tersimpan sekian lama sejak mula anda guna pc anda.

Mari kita sama buangkan dia.... tuka bahasa pulak la ye, artikel ni aku ambik dari portal sekolah... kita kongsikan bersama.

Langkah2 di bawah ni mengikut jenis internet browser yang kita guna...

Internet Explorer
  1. On Menu Bar, click "Tools"
  2. Select "Internet Options"
  3. Click "General"
  4. Select "Browsing History" and click "Delete"
  5. Click "Delete All"
  6. Check box "Also delete files...." and clicks "Yes"
  7. Click "OK" and refresh your internet browser.
  8. Done.
Mozilla Firefox
  1. Click "Tools"
  2. Select "Clear Private Data"
  3. Click "General"
  4. Check the boxes "Browsing History", "Cookies", "Cache" and click "Authenticated Sessions"
  5. Click "Clear Private Data now"
  6. Click "OK" again to close the Internet Options window.
  7. Refresh your internet browser.
  8. Done.
Netscape Navigator 7+
  1. Click "Edit"
  2. Select "Preferences"
  3. Click "Advanced"
  4. Select "Cache"
  5. Click on "Clear Cache"
  6. Click "OK"
  7. Done.
Selalu2 lah lakukan ini ke atas kompie anda sekurang2nya sebulan sekali mengikut kekerapan penggunaan kompie anda. Kalau kompie masih lembab jugak... hehe, belilah kompie baru! Ops... ada cara lain... nantikan!

Musang Berapi

Kiriman Cikgu Faizah | Saturday, February 21, 2009 | | 0 komen »

Mozilla Firefox merupakan projek pelayar web yang diturunkan dari Set Aplikasi Mozilla yang diuruskan oleh Mozilla Corporation. Firefox telah memiliki 19.73% daripada saham penggunaan yang direkodkan pada Ogos 2008, menjadikannya pelayan kedua paling popular dalam penggunaan masakini di seluruh dunia.

Antara Kelebihan Mozilla Firefox :
  1. Pelunsuran Tab - Ciri itu tidak memerlukan anda membuka banyak tetingkap untuk memaparkan laman yang dilawati.
  2. Penghalang pop up - Anda memepunyai pilihan samada membenar atau tidak web tersebut menayangkan pop up.
  3. Disertakan bar enjin pencari - Anda boleh menentukan jenis enjin yang hendak digunakan. Anda boleh membuat carian terus dari pelunsur tanpa perlu memasuki ke laman web enjin pencari seperti google.com atau yahoo.com.
  4. Penyambungan atau plug in dan tema/ubah rupa bentuk - Dengan penyambungan anda boleh menambah keupayaan Firefox. Antara penyambungan yang boleh didapati ialah ‘adblocker’ atau penghalang iklan dari dipaparkan, ‘noscript’ iaitu menentukan sama ada skrip di laman tertentu dibenarkan atau tidak dan lain-lain lagi. Tema pula membolehkan anda mengubah rupa bentuk Firefox. Terdapat pelbagai tema yang boleh dipindah turun. Anda boleh mendapatkan senarai penuh penyambungan dan tema di www.mozilla.com.
  5. Pengemaskinian secara automatik - Firefox mempunyai kebolehan pengemaskinian secara automatik. Jika ada versi baru, butang kemaskini akan memberi peluang kepada anda untuk menambahbaikkan perisian pelunsur itu.

Sekiranya ada yang mempunyai masalah ketika paparan blog atau webpage lain elok jika bertukar kepada musang berapi kegemaran pelayar internet. Jika belum mempunyai browser internet mozilla anda boleh download secara percuma. Klik www.mozilla.com.

Montage - SMTMT

Kiriman Cikgu Faizah | Tuesday, February 17, 2009 | | 3 komen »






Kartun Pendidikan

Kiriman Cikgu Faizah | Tuesday, February 17, 2009 | | 0 komen »

ICT Dalam P&P

Kiriman Cikgu Faizah | Tuesday, February 17, 2009 | | 0 komen »


Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010

Kiriman Cikgu Faizah | Tuesday, February 17, 2009 | | 0 komen »


Sekolah Bestari

Kiriman Cikgu Faizah | Tuesday, February 17, 2009 | | 0 komen »

Hari Q 2008

Kiriman Cikgu Faizah | Tuesday, February 17, 2009 | | 0 komen »

Click picture to enlarge

Konsep Pembestarian

Kiriman Cikgu Faizah | Tuesday, February 17, 2009 | | 0 komen »

Teachers will need to change their role in the electronic classroom from being information providers to counselors to help students develop know how and judgment to select information sources. Key to success in the Information Age will be making the right judgements between an awesome array of choices.

We are examining our education system to create a curriculum where people learn how to learn for continuing education throughout their lives. Tun Mahathir Mohamed, Launch of the Multimedia Super Corridor 1 August 1996

The smart school program will be re-modelled and its implementation fast-tracked to enable more schools to benefit, at lower cost to the government. Smart schools will have access to the Internet through the SchoolNet program, which is already at an advanced stage of implementation.

Advanced teaching and learning materials developed through the Smart School Pilot program will be utilised for teaching, while the Smart School Management System will be used to improve administration processes.

Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Launch of The Multimedia Super Corridor (M.S.C.) Next Leap, 3 July 2004.

… pembestarian sekolah adalah selaras dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menjadikan sekolah-sekolah awam lebih berdaya saing, kondusif dan moden mengikut arus pembangunan semasa.

Dalam proses pembestarian sekolah, sasaran kementerian ialah untuk meningkatkan nisbah komputer kepada murid, masa dedahan murid dan guru kepada penggunaan komputer dan mengaplikasikan teknologi yang berkesan dari segi kos.

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia, 7 Mei 2005

Pengenalan

Kiriman Cikgu Faizah | Tuesday, February 17, 2009 | | 0 komen »

Sistem pendidikan sedia ada perlu dimantapkan selaras dengan perkembangan era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Beberapa penambahbaikan dalam pelbagai aspek perlu dilakukan supaya ianya berdaya saing dan relevan dengan kehendak semasa. Pewujudan Sekolah Bestari merupakan satu senario dalam pendidikan alaf baru di Malaysia dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi, sosial serta budaya masa kini. Perkembangan seumpama ini memerlukan sesebuah institusi pendidikan menggabungkan serta memberikan penekanan terhadap beberapa aspek, antaranya pengajaran dan pembelajaran berbudaya fikir, pemusatan kepada pelajar, penggunaan bahan teknologi secara bijak, strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, serta pengurusan sekolah yang efektif.

Apakah Itu Pembestarian Sekolah?

Kiriman Cikgu Faizah | Tuesday, February 17, 2009 | | 0 komen »

Pembestarian Sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan lagi pengunaan ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P), keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah dan kompetensi guru. Program Pembestarian Sekolah juga memberi maksud mengaplikasikan konsep Sekolah Bestari iaitu sebagai satu institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah untuk membantu murid-murid menghadapi era teknologi maklumat.

Komponen utama Pembestarian Sekolah adalah berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT. Proses Pembestarian Sekolah ini akan dapat melatih guru dan murid berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru, kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan murid yang boleh mengamalkan pembelajaran akses kendiri (self-accessed), terarah kendiri (self-directed) dan kadar kendiri (self-paced).