Mentor & Mentee

Kiriman L-Tera | Saturday, June 27, 2009 | | 0 komen »

Tepat jam 10.30 pg tadi, satu majlis pelancaran penyerahan anak-anak angkat kepada guru (mentro Mentee) telah berlangsung di Dewan Bunga Raya. Setiap guru dikehendaki mengambil antara 9 - 10 orang pelajar untuk dijadikan mentee. Objektif program ini adalah untuk menjadi pembimbing, penasihat dan tempat mengadu bagi pelajar2 ini.

Diharapkan dengan cara ini guru akan lebih mendekati pelajar, memahami dan membimbing mereka dalam menghadapi pelajaran serta menduduki peperiksaan SPM nanti.






Wajah2 mentee (anak angkat) aku yg comel2, 9 orang semuanya. 3 lelaki dan selebihnya perempuan. Mereka terdiri daripada pelajar tingkatan 4 dan 5 EE. Nama penuh serta biodata mereka akan dipaparkan kemudian.

Acara 1 Julai

Kiriman L-Tera | Friday, June 26, 2009 | | 0 komen »

Aku rasa mcm nak ubah sikit style dlm entry kali ni... kalau sebelum ni aku guna ayat skema, tp kali ni nak guna ayat luar skema.

Aku tak tau camne boleh terjebak menjadi GPB, rupe2nya keje GPB bukan le mudah... banyak benda perlu aku belajar dan rupe2nya banyak yang aku tk tahu.

Aku pegang jawatan ni sejak pertengahan Ogos 2008, masih belajar dan merangkak2. Tahun ni mula berdiri dengan bantuan dan sokongan team yg semuanya kuat bekerja. Terima kasih banyak2 aku ucapkan kepada mereka:
  1. yati
  2. sharifah
  3. ros
  4. hajar
  5. jaharah
  6. mior
  7. nora
  8. zaini
  9. hasmori
  10. rashid
  11. shakila dan ramai lagi...
Aku tau aku bukan GPB/pemimpin terbaik untuk mereka dan untuk sekolah, tp bila dh diberi tanggungjawab, aku akan cuba laksanakan yg terbaik walaupun kadang2 tersasar.

1 July ni ada event besar dan aku dilantik menjadi penyelaras. Setakat ni semua berjalan mengikut jadual dan perancangan.
  1. Peserta - hampir semua smt zon mlk/n9 menyertai kecuali jasin. Aku bangga atas penglibatan guru2 smt walaupun mungkin dlm keadaan paksa rela.
  2. Hakim - Pah dh dapatkan hakim, 2 dr mlk dan 2 dr johor. Mereka semua ada pengalaman menjadi hakim pertandingan sebelum ini.
  3. Perasmi - Yat dah uruskan awal-awal lg, syabas & timakasih, yat. Segala surat menyurat dh hantar. Sekarang dia tgh siapkan teks ucapan pengetua. Walau dia sibuk dgn tugas2 lain dn jadual waktu yg padat, tp masih mampu laksanakan kerja dgn baik walaupun kdg-kala ketensionan.
  4. Sponsor - So far baru 4 sekolah yang dh byr penyertaan, yg lain2 aku dh hubungi tp senyap, surat pun dh hantar. Aku dh contact beberapa kompeni, setakat ni yg baru dpt dlm rm300++. Alumni smtmt dh majukan ke pengerusi penaja... hrp2 dpt beberapa rm lagi utk menampung perbelanjaan. Begitu juga dgn bintang printing, A1 dan jaticom, dh try popular tp susah nk contact manager, sll je tk brjawab.
  5. Plak dan sijil - nora dah urus dgn baik. 3 pemenang bg setiap kategori, 4 hakim dan 1 perasmi. Sijil2 penyertaan untuk peserta jugak dh settle.
  6. Jamuan - Hajar mmg org harapan, semuanya dah diuruskan dengan katerer.
  7. Banner backdrop - Mior dh hantar tempah, tinggal nak ambik dan gantung kat pentas.
  8. Pengacara - Shakila & nadia - td shakila jumpa aku mntak syarat2 pertandingan untk pertandingan BBM. aku belum buat lg... cuti ni kot, insyaallah.
  9. Pendaftaran & Undian - Ros... senang je, borang2 dan list nama sumer dh ready
  10. Peralatan - Zaini, aku dh brief dia pg td ape yg patut dia sediakan masa pertandingan.. ambik alat kat zali.
Sekarang, penilaian laman web sedang berjalan... aku check counter & traffic di Laman Web Pertandingan meningkat dengan mendadak. Hari ni je sehingga jam 4.55 ptg ada 72 hits, smlm 76 kalau di kira dari Motigo. Kalau tgk dari FeedJit, sememangnye link2 ke smt yg bertanding sedang dipantau.

Aku berharap event pd 1 July berjalan lancar. Pada kawan2 yang banyak membantu, aku ucapkan brbanyak2 terima kasih. Kalau tkde korang, pasti aku tk boleh buat semua ni... terima kasih sekali lagi.

1 July.... kita buat sama2 ye?

Wajah Baru

Kiriman Cikgu Faizah | Monday, June 15, 2009 | | 0 komen »

Mengemas Makmal Siber yang telah siap diubah-suai. Beberapa perabot dipindahkan ke pejabat guru ICT. Beberapa penambahan masih diperlukan bagi menceriakan lagi Makmal Siber seperti pemasangan langsir, almari fail, meja guru dan meja kerja.

Projek Naik Taraf Makmal Siber

Kiriman Cikgu Faizah | Thursday, June 04, 2009 | 0 komen »


Makmal Siber sedang proses naik taraf - memasang jubin


Pejabat Guru ICT sedang proses pembinaan.

Makmal Siber

Kiriman L-Tera | Monday, June 01, 2009 | 0 komen »

Pada 27 Mei yang lepas, kami guru penyelaras Makmal Siber dengan dibantu oleh AJK & Pengawas ICT telah menjalankan kerja-kerja memindah komputer (CPU). Ia dilakukan kerana Makmal Siber akan dinaik taraf dengan pemasangan jubin, menyedia pejabat guru ICT dan kerja-kerja mengalih dan memasang pendingin udara serta langsir.

Kerja-kerja dijalankan oleh kontraktor tempatan bermula hari ini (Isnin - 1 Mei 2009). Makmal Siber atau lebih dikenali sebagai Cyber Cafe (CC) menempatkan 33 buah komputer sumbangan PIBG yang dilengkapi dengan talian internet termasuk wireless. Komputer ini telah diasetkan sebagai harta sekolah dan operasinya dibuka kepada semua guru dan pelajar.

Selain menyediakan perkhidmatan internet, CC juga menyediakan perkhidmatan membayar bil secara online, scanning, burn CD/DVD, printing dan lain-lain. Guru juga kerap menggunakan CC untuk p&p dan literasi bahan.

Pada sebelah petang dan di luar waktu perselolahan, CC dibuka kepada pelajar asrama yang ingin melayari internet atau menyiapkan folio dengan sedikit bayaran. Penggunaan internet dipantau oleh guru secara online menggunakan platform LogMeIn dan juga ClassRoomSpy. Ia memantau segala aktiviti pelajar dan keselamatan ICT.

Secara umumnya, CC banyak memberi sumbangan kepada guru dan pelajar serta pihak sekolah dalam pengurusan web, email dan p&p. CC juga sering diguna untuk apa jua aktiviti yang melibatkan operasi online oleh beberapa pihak luar seperti Kuiz Jabatan Penerangan, Taklimat SSQS & STS oleh PKG dan lain-lain lagi.