Frog VLE - Tutorial

Kiriman Cikgu Faizah | Monday, October 08, 2012 | | 0 komen »

Bagaimana Mengedit Dashboard Anda

Bagaimana Menggunakan Kalendar Anda

Gambaran Keseluruhan Kalendar Tempahan

Bagaimana Menghasilkan Folder dan Memuat Naik Fail

Bagaimana Menghasilkan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran

Bagaimana Berkongsi Sumber Pengajaran dan Pembelajaran

Bagaimana Mengakses E mel Anda

Bagaimana Menggunakan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran


Bagaimana Menghantar Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Sebagai Tugasan

Bagaimana menyemak Tugasan

Bagaimana Menggunakan Dashboard Sekolah Untuk Berkomunikasi

Bagaimana Menghasilkan Sebuah Forum Perbincangan

Pengenalan Kepada FROG Comunity Site


Bagaimana Membina Laman Bidang Dan Matapelajaran


Bagaimana Laman Bidang Dan Laman Matapelajaran Digunakan Di Sekolah

Bagaimana Laman Bidang Dan Matapelajaran Dikongsi

Bagaimana Menghasilkan Sebuah Laman Kokurikulum

FROG - Virtual Learning Environment (VLE)

Kiriman Cikgu Faizah | Wednesday, September 12, 2012 | , | 0 komen »

Di bawah 1BestariNet, sekolah-sekolah akan dilengkapi dengan penyelesaian bersepadu yang membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaborasi dan pengurusan pentadbiran dijalankan di Internet menerusi Virtual Learning Environment (Frog VLE), yang boleh diakses di sekolah atau dimana-mana sahaja yang mempunyai capaian Internet.

Bagaimana komponen penyelesaian pendidikan ini dijalankan secara bersepadu?


Di Kawasan Sekolah: Akses dan Keselamatan


Sekolah-sekolah akan dilengkapi capaian Internet, membolehkan akses ke VLE yang bertaraf dunia. Ini merupakan sumbangan progresif ke arah pendidikan berteras teknologi Internet untuk pengajaran dan pembelajaran berkesan serta memudahkan pengurusan pentadbiran sekolah. Kandungan Internet juga ditapis secara terus di sekolah bagi menggalakkan persekitaran pembelajaran selamat, di mana akses murid ke laman web berunsur negatif akan disekat. Hanya laman web ilmiah yang disahkan oleh KPM akan disenarai putih dan dibenarkan melepasi tapisan kandungan.

Di Luar Kawasan Sekolah: Fleksibiliti dan Mobiliti

Frog VLE adalah platform berteras cloud yang fleksibel dan boleh diakses dimana-mana jua dari luar kawasan sekolah. Fail dan data yang disimpan di cloud boleh diakses dimana-mana sahaja dan bila-bila masa dengan capaian Internet. Malah, pengguna diberi akses percuma ke VLE setiap kali log masuk dari rangkaian Yes dengan ID log masuk VLE. Samada menggunakan rangkaian Yes atau Yes Hotspot tiada caj yang dikenakan bagi penggunaan VLE.

Keterangan lanjut berkaitan 1BestariNet dan Frog VLE, sila layari:

Google Drive

Kiriman Cikgu Faizah | Wednesday, July 11, 2012 | | 0 komen »

Akhirnya Google telah melancarkan perkhidmatan penyimpanan fail berasaskan cloud iaitu “Google Drive” kepada orang ramai. Perkhidmatan percuma ni boleh digunakan untuk memuat naik, berkongsi, bekerjasama, dan menyimpan semua fail anda secara online.

Anda boleh memuat naik dan mengakses semua fail anda, termasuk video, foto, Google Docs, PDF dan banyak lagi menggunakan Drive Google.

Google Drive dibina untuk bekerja dengan lancar dengan pengalaman Google secara keseluruhan. Anda boleh melampirkan foto dari Google Drive ke post di Google+, dan tidak lama lagi anda akan dapat untuk melampirkan fail dari Google Drive terus kepada emel di Gmail.

Google Drive adalah platform terbuka, Google bekerja dengan pemaju pihak ketiga supaya anda boleh melakukan perkara-perkara seperti faks dan mengedit video terus dari Google Drive.

Anda boleh memulakan dengan 5GB penyimpanan percuma yang cukup untuk menyimpan gambar yang ber-resolusi tinggi dan macam-macam lagi. Boleh juga memilih untuk menaik taraf ke 25GB $2.49/month, 100GB untuk $4.99/month atau lebih 1TB $49.99/month . Apabila anda menaik taraf ke akaun yang dibayar, penyimpanan akaun Gmail anda juga akan bertambah menjadi 25GB.

Google Drive adalah sebuah rumah baru untuk Google Docs, fail dan folder. Google Drive membolehkan anda:
  • Menjana, berkongsi, dan menguruskan fail
  • Selamat menyimpan semua fail anda di satu tempat
  • Sync fail dari komputer anda
  • Mengakses fail terkini dari sebarang peranti atau pelayar
  • Mengakses di mana saja dengan aplikasi telefon pintar
Dapatkan Google Drive anda sekarang!

Bengkel ICT 3/2012 - Aplikasi Prezi

Kiriman Cikgu Faizah | Friday, June 22, 2012 | | 0 komen »


Pertandingan Blog Panitia & Blog Kursus 2012

Kiriman Cikgu Faizah | Wednesday, June 13, 2012 | | 0 komen »

PENGENALAN

Selaras dengan dasar kerajaan untuk menyebarkan maklumat dan menyediakan perkhidmatan dalam talian secara lebih berkesan. Jawatankuasa Pembestarian SMVMT menganjurkan Pertandingan Blog Panitia & Blog Kursus Sempena Julai Bulan Membaca dan Minggu ICT Tahun 2012. Pertandingan ini adalah untuk mewujudkan persaingan sihat di kalangan guru-guru SMVMT untuk menghasilkan Blog Panitia & Blog Kursus terbaik, informatif, kemaskini dan menarik di samping meningkatkan kualiti penyebaran maklumat secara talian kepada orang ramai, para pelajar dan ibubapa khususnya.

OBJEKTIF
  1. Memberi pengiktirafan terhadap organisasi dan individu yang terlibat dalam membangunkan Blog Panitia & Blog Kursus.
  2. Memberi motivasi dan perangsang kepada individu yang terlibat agar lebih bersemangat untuk menguruskan Blog.
  3. Memberi galakan kepada organisasi untuk menghasilkan Blog yang berkualiti dan berinformasi.
SYARAT PERTANDINGAN
  1. Semua hasil kerja mestilah asli dan tidak memplagiat mana-mana Blog sama ada dari sudut rekabentuk/maklumat yang sama.
  2. Semua hasil kerja hendaklah bebas dari unsur pornografi, perkauman, kebencian politik atau isi kandungan yang menyalahi undang-undang Malaysia.
  3. Sekiranya bahan hak cipta terpelihara digunakan, keizinan haruslah diperolehi terlebih dahulu daripada pemilik hak cipta tersebut dan telah dimaklumkan seperti yang sepatutnya.
  4. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang pencerobohan hak cipta atau hak intelektual sekiranya peserta melanggar peraturan tersebut.
  5. Pihak penganjur berhak menolak mana-mana penyertaan tanpa memberi sebarang sebab.
  6. Pihak penganjur berhak meminda mana-mana syarat dan peraturan sekiranya perlu tanpa memaklumkannya kepada peserta yang menyertai pertandingan ini.
  7. Keputusan pengadil adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.
FORMAT PERTANDINGAN
  1. Tema bagi pertandingan ini, adalah "SMT/SMV - PENDIDIKAN UNTUK SEMUA".
  2. Setiap peserta bebas menginterpretasi dan meluahkan pengertian tema ini secara kreatif melalui penggunaan pelbagai jenis media (teks, grafik, animasi, audio, video dan sebagainya) yang diintegrasikan dalam bentuk persembahan Blog.
  3. Blog hendaklah menggunakan Platform Blogger/Blogspot sahaja.
  4. Penyertaan terbuka kepada Guru Panitia & Guru Bengkel.
  5. Penyertaan adalah secara berkumpulan (maksima 3 orang - seorang guru + 2 orang pelajar atau 2 orang guru + seorang pelajar).
  6. Setiap Panitia/Kursus hanya boleh menghantar 1 penyertaan sahaja.
  7. Isi kandungan hendaklah dibangunkan dengan menggunakan sama ada Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
JADUAL PELAKSANAAN

Pendaftaran:
22 Mei 2012
Pertandingan:
18 Jun – 31 Julai 2012
Penghakiman:
1 Ogos 2012
Keputusan:
13 Ogos 2012

SENARAI PESERTA PERTANDINGAN
  1. Pn. Zakira binti Che Hamid (Blog Panitia Bahasa Melayu)
  2. Pn. Nur Mardian’Na binti Rosali (Blog Panitia Bahasa Inggeris)
  3. Pn. Suriyani binti Samsudin (Blog Sivik & Kewarganegaraan)
  4. En. Azhar bin Abd. Rahim (Blog Panitia Sains)
  5. Pn. Aizam binti Jusoh @ Mamat (Blog Panitia Pendidikan Islam)
  6. En. Mior Mohd. Azlan bin Mohamed Zin (Blog Panitia PJK)
  7. En. Juslan bin Jusoh (Blog Sejarah)
  8. Cik Noorazilla binti Abu Talib (Blog Matematik)
  9. En. Abdul Manaf bin Nordin (Blog Pendidikan Moral)
  10. En. Amran bin Mohd. Nor (Blog Kursus Elektrik & Elektronik)
  11. Pn. Fauziah binti Ibrahim (Blog Kursus Binaan Bangunan)
  12. En. Hasnulhadi bin Hassan (Blog Kursus PPU)
  13. En. Shahrin Azrin bin Zainal (Blog Kursus KFL)
  14. En. Sheikh Luqman Hakeem bin Ali (Blog Kursus Automotif)
  15. Pn. Zarinawati binti Bonandar (Blog Panitia PPN)
  16. Pn. Noraziah binti Mohamed Salleh (Blog Kursus ABM )
  17. Pn. Dg. Halimah binti Talip (Blog Kaunselor)
  18. Pn. Azlinda binti Abu Samah (Blog PSS)
PENILAIAN

Setiap penyertaan akan dinilai berdasarkan kriteria-kriteria yang dinyatakan seperti berikut.

Skop
(5%)
  1. Mengikut Tema
Kandungan (40%)
  1. Carta organisasi beserta gambar
  2. Maklumat umum panitia / kursus
  3. Maklumat terkini panitia / kursus
  4. Info tambahan yang berkaitan
  5. Teks Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris
Konsep, Rekaan & Struktur (25%)
  1. Mudah guna dan fleksibel
  2. Kreatif (susunatur, grafik, audio)
  3. Video (animasi)
  4. Interaktif/dinamik
  5. Mesra pengguna (user friendly)
  6. Mempunyai daya penarik
  7. Pautan dengan laman web/blog yang berkaitan
Keaslian (15%)
  1. Keaslian rekabentuk dan kesesuaian dengan tema
  2. Ciri-ciri yang menggambarkan bidang yang dibuat
  3. Kandungan laman web menggambarkan bidang yang dibangunkan.
  4. Kredit pada sumber-sumber asal – wajib
Nilai Tambah (15%)
  1. Forum / Shoutbox
  2. Buku Pelawat
  3. Counter
  4. Ruangan Kredit
  5. Dan lain-lain mengikut kreativiti
PENUTUP

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Sekolah-sekolah adalah dinasihatkan agar merujuk kepada Garis Panduan Malaysia Civil Service Link (MCSL) dan Laman Web Agensi Kerajaan yang dikeluarkan oleh MAMPU. Garis panduan ini boleh dicapai melalui laman web MCSL yang beralamat di http://www.mampu.gov.my.

Di samping itu, peserta yang mengambil bahagian digalakkan untuk sentiasa mengemaskini maklumat-maklumat di blog masing-masing agar sentiasa memaparkan maklumat terbaru sesuai dengan keadaan semasa.

Kerjasama daripada pihak tuan/puan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Peserta boleh klik pautan di bawah ini untuk mengakses blog masing-masing. Login menggunakan username (email) dan katalaluan telah diberikan semasa bengkel yang lalu. Sebarang pertanyaan sila hubungi Pn. Nor Faizah Anuar (013-6186164) atau Pn Aizam binti Jusoh (013-6814500).

http://smtmtbestari.blogspot.com/2012/05/kursus-blog-panitiabengkel-pentadbir.html

atau

http://www.blogger.com/home untuk login.

Bengkel Prezi - Inovasi Dalam PDP

Kiriman Cikgu Faizah | Tuesday, June 12, 2012 | | 0 komen »

Kursus ICT 3/2012 - Bengkel Membina Bahan Presentation untuk Pengajaran & Pembelajaran (PDP) menggunakan Aplikasi PREZI akan diadakan pada hari Selasa, 21 Jun 2012 jam 2.00 petang di Makmal Siber.

PREZI adalah suatu inovasi dalam PDP.

Senarai Peserta:
  1. En. Abd. Ghani Bin Md. Nor
  2. Tn. Hj. Abd. Rashid Bin Lizan
  3. Pn. Hjh. Aisah Binti Md. Jan
  4. En. Azhar Bin Abd. Rahim
  5. Pn. Fauziah Binti Ibrahim
  6. En. Haireyzal Bin Abu Saad
  7. En. Juslan Bin Jusoh
  8. Pn. Hjh. Khalidah Binti Mamat
  9. En. Mohd Rasid Bin Dolmat
  10. En. Mohd Som Bin Ahmad
  11. En. Muhamad Azlan Bin Bolot
  12. Cik Noorazilla Binti Abu Talib
  13. Pn. Nor Fudhlani Binti Md.Sukor
  14. Pn. Norlida Binti Jani
  15. Pn. Hjh. Normawati Binti Shamror
  16. Cik Pathiyil Meenakshi A/P A M Narayanan
  17. Pn. Hjh. Pauziah Binti Kassim
  18. Pn. Sarah Binti Samat
  19. Pn. Vasanthi A/P K. Munusamy
  20. En. Zaini Bin Hj. Rebo
  21. En. Zulkifli Bin Abdul Hamid

Senarai AJK Kursus:

  1. Pn. Suriati Binti Ali
  2. Pn. Suriyani Binti Samsuddin
  3. En. Azhar Bin Abd. Jalil
  4. En. Amran Bin Mohd. Nor
  5. Pn. Nor Faizah Binti Anuar
  6. En. Razali Bin Abdul Rahman
  7. En. Sheikh Luqman Hakeem Bin Ali
  8. En. Afendy Bin Azis

www.prezi.com

Kursus Blog Panitia/Bengkel & Pentadbir

Kiriman Cikgu Faizah | Friday, May 18, 2012 | | 0 komen »

SENARAI PESERTA

  1. Tn. Hj. Abdul Aziz bin Omar (Blog Pengetua)
  2. Tn Hj. Roslan bin Ab. Aziz (Blog GPK Pentadbiran)
  3. Pn. Hjh. Pauziah binti Kassim (Blog Kaunseling)
  4. Pn. Zakira binti Che Hamid (Blog Panitia BM)
  5. Pn. Nur Mardian’na binti Rosali (Blog Panitia BI)
  6. En. Juslan bin Jusoh (Blog Panitia Sejarah)
  7. Pn. Aizam binti Jusoh (Blog Panitia Pend. Islam)
  8. En. Mior Mohd. Azlan bin Mohamed Zin (Blog PJPK)
  9. Pn. Suriyani binti Samsudin (Blog Panitia Sivik & Kewarganegaraan)
  10. En. Abdul Manaf bin Nordin (Blog Panitia Pend. Moral)
  11. Cik Noorazilla binti Abu Talib (Blog Panitia Matematik)
  12. Pn. Jaharah binti Hj. Kalil (Blog Panitia Sains
  13. En. Hasnulhadi bin Hassan (Blog Kursus PPU)
  14. En. Shahrin Azrin bin Zainal (Blog Kursus KFL)
  15. Pn. Fauziah binti Ibrahim (Blog Kursus BB)
  16. En. Amran bin Mohd. Nor (Blog Kursus EE)
  17. En. Sheikh Luqman bin Ali (Blog Kursus AUTO)
  18. Pn. Zarinawati binti Bonandar (Blog Kursus PPN)
  19. Pn. Azlinda binti Abu Samah (Blog Perpustakaan)
* Sebarang perubahan peserta sila maklumkan kepada Urusetia.


SENARAI EMAIL BLOG & MODERATOR

PANITIA/
BENGKEL
EMAILMODERATOR
BMpanitia.bm.smvmt@gmail.comAzmil (4BB)
BIpanitia.bi.smvmt@gmail.comKandari (5ABM1)
PIpanitia.pi.smvmt@gmail.comShafudin (4EE2)
Moralpanitia.pm.smvmt@gmail.com-
Sejarahpanitia.sej.smvmt@gmail.comAidil (5ABM1)
PJKpanitia.pjk.smvmt@gmail.com-
Sivikpanitia.sk.smvmt@gmail.comAl-Hafis (5ABM2)
Math
panitia.math.smvmt@gmail.comSyikin (5AUTO)
Sains
panitia.sn.smvmt@gmail.comAsyfar (5EE2)
PPNkursus.ppn.smvmt@gmail.com
AUTOkursus.auto.smvmt@gmail.comNazri
EEkursus.ee.smvmt@gmail.comMaieman
ABMkursus.abm.smvmt@gmail.comAzlan
PPUkursus.ppu.smvmt@gmail.com
KFLkursus.kfl.smvmt@gmail.comQusyairi
BBkursus.bb.smvmt@gmail.comZetty

* Pelajar yang berminat menjadi moderator blog, sila hubungi GPB.


SENARAI BLOG

  1. http://pengetuasmvmt.blogspot.com (Blog Pengetua)
  2. http://kaunselingsmvmt.blogspot.com (Blog Kaunseling)
  3. http://psssmtmt.blogspot.com (Blog Perpustakaan)
  4. http://panitiabmsmvmt.blogspot.com (Blog Panitia BM)
  5. http://panitiabismvmt.blogspot.com (Blog Panitia BI)
  6. http://panitiapismvmt.blogspot.com (Blog Panitia Pend. Islam)
  7. http://panitiapmsmvmt.blogspot.com (Blog Panitia Pend. Moral)
  8. http://panitiasejsmvmt.blogspot.com (Blog Panitia Sejarah)
  9. http://panitiapjksmvmt.blogspot.com (Blog Panitia PJPK)
  10. http://panitiasksmvmt.blogspot.com (Blog Panitia Sivik)
  11. http://panitiamathsmvmt.blogspot.com (Blog Panitia Matematik)
  12. http://panitiasnsmvmt.blogspot.com (Blog Panitia Sains)
  13. http://panitiappnsmvmt.blogspot.com (Blog Kursus PPN)
  14. http://kursusautosmvmt.blogspot.com (Blog Kursus AUTO)
  15. http://kursuseesmvmt.blogspot.com (Blog Kursus EE)
  16. http://kursusabmsmvmt.blogspot.com (Blog Kursus ABM)
  17. http://kursusppusmvmt.blogspot.com (Blog Kursus PPU)
  18. http://kimpalankvmt.blogspot.com (Blog Kursus KFL)
  19. http://kursusbbsmvmt.blogspot.com (Blog Kursus BB)


TATACARA MENUKAR TEMPLATE BLOG ---> KLIK DI SINI

KOLEKSI GAMBAR-GAMBAR (PASSPORT) GURU --->> KLIK DI SINI (Login diperlukan)


BLOG AKAN DIPERTANDINGAN SEMPENA JULAI BULAN MEMBACA DAN MINGGU ICT 2012. HADIAH MENARIK MENANTI PESERTA & MODERATOR.

Bengkel Membina e-RHP Menggunakan LMS

Kiriman Cikgu Faizah | Wednesday, May 16, 2012 | | 0 komen »

Selasa, 15 Mei 2012 - Bengkel Membina e-RPH Menggunakan Learning Management System (LMS) untuk Ketua Panitia dan Ketua Bengkel Mengikut Matapelajaran Yang Diajar telah diadakan di Makmal Siber, SMVMT. e-RPH ini akan dipertandingkan sempena Julai Bulan Membaca dan Minggu ICT 2012.

Bengkel dihadiri oleh:
  1. Pn. Aizam binti Jusoh (Fasilitator)
  2. Pn. Fauziah binti Ibrahim
  3. Pn. Hjh. Aisah binti Md. Jan
  4. Pn. Ho Peng Hee
  5. Pn. Jaharah binti Kalil
  6. En. Mior Mohd. Azlan bin Mohamed Zin
  7. En. Amran bin Mohd. Nor (Jurufoto)
  8. En. Mohd. Rozi bin Mohd. Dali
  9. Pn. Nor Faizah binti Anuar (Penceramah)
  10. Pn. Norazifah binti Ahmad
  11. Pn. Norma binti Jasin
  12. Pn. Rositah binti Kasim
  13. Pn. Sawiyah binti Saidin (Urusetia)
  14. Pn. Shakila binti Safri
  15. Pn. Shamsinar binti Shamsuddin


Tahniah kepada guru-guru yang hadir!!

Taklimat & Bengkel e-PIDP

Kiriman Cikgu Faizah | Wednesday, May 16, 2012 | | 0 komen »

Taklimat dan Bengkel Sistem Pelaporan Isu Disiplin Dan Pendidikan (e-PIDP) telah diadakan di Makmal Siber, SMVMT pada Jumaat, 4 Mei 2012. Taklimat ini dihadiri oleh Barisan Pentadbir Sekolah dan 4 orang Pegawai Pelapor yang telah dilantik.

Taklimat disampaikan oleh Tn. Hj. Harunarasid bin Mohd Yusoff (GPK HEM, SMVMT) dan bengkel disampaikan oleh Pn. Nor Faizah binti Anuar (GPB, SMVMT).

e-SisPA

Kiriman Cikgu Faizah | Tuesday, April 17, 2012 | 0 komen »

e-SisPA diusahakan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) berdasarkan Surat Pekeliling Bilangan 7 Tahun 2011 Pelaksanaan Standard Operating Procedure (SOP) 1:3:7 Pelaporan Dan Menangani Isu Disiplin Murid. Dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) dengan kerjasama dari Unit ICT BPSH dan Unit Pengurusan TMK Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas)

Sistem Pelaporan Aduan Online (e-SisPA), Kementerian Pelajaran Malaysia bertujuan untuk melaporkan dan merekod aduan di peringkat sekolah, Pejabat Pelajaran Daedah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Bahagian, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Projek Rintis e-SisPA melibatkan 5 buah negeri iaitu Negeri Sembilan, Melaka, Selangor, WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya.

Taklimat akan diadakan mengikut daerah di bawah kelolaan PPD masing-masing.

Laman Web e-SisPA : http://apps.moe.gov.my/sispa

Email: sys_spkd@moe.gov.my

Samsung Galaxy Beam

Kiriman Cikgu Faizah | Tuesday, February 28, 2012 | | 0 komen »

Since Samsung have already confirmed early on that they are not going to have their usual and elaborate press conference at this year’s Mobile World Congress (MWC), one might has the impression that Samsung is going to have a rather quiet outing at MWC. Well, that is not going to be the case at all.

Leading Samsung’s campaign at MWC, the new Samsung Galaxy Beam managed to attract our attention not only because it is one of the first Samsung products to be officially announced at MWC but it is also equipped with a rather unique feature - a built-in 15 lumens projector. Samsung claims that the projector is able to project contents up to 50-inch wide and is bright enough to work in outdoor environments.

In terms of hardware, the new Galaxy Beam is not too shabby. We are looking at 4.0-inch TFT display with 480x800 resolution, a dual-core 1.0 GHz processor, 768MB of RAM, 8GB of internal storage with MicroSD slot that supports up to 32GB card, 2000mAH battery, a camera with a 5-megapixels sensor and a 1.3-megapixels front facing camera.

However, it seems that there is no Ice Cream Sandwich for this device at the time being as it will be delivered with Android 2.3. In addition to that, Samsung have yet to mention anything on Beam’s pricing or release dates as well although judging from the specifications together the Android version that it is running on, Galaxy Beam’s release date shouldn’t be that far ahead.

1BestarNet

Kiriman Cikgu Faizah | Thursday, February 23, 2012 | | 0 komen »

Projek 1BestarNet adalah projek jalur lebar capaian internet bagi semua sekolah untuk mengakses bahan pembelajaran dengan menggunakan platform Virtual Learning Environment (VLE).

Maklumat lanjut sila layari http://ppgb5upsi.blogspot.com/

Tahniah SMVMT - 5-Bintang Dalam SSQS

Kiriman Cikgu Faizah | Wednesday, February 22, 2012 | , | 0 komen »

Tahniah diucapkan kepada semua warga SMVMT kerana sekali lagi berjaya mencapai 5 Bintang (5 Star) dalam penarafan Smart School Qualification Standards (SSQS) pada tahun 2011. SMVMT mula dianugerahkan 5 Bintang sejak tahun 2010 dan pelbagai usaha telah dilakukan untuk mempertingkatkan Budaya ICT di sekolah. Diharapkan pada tahun ini, warga SMVMT mengekalkan atau mempertingkatkan keupayaan masing-masing dalam membudayakan ICT dalam semua aspek khasnya dalam pengurusan sekolah dan p&p.

Sekolah-sekolah Negeri Melaka yang berjaya telah menerima Sijil Pengiktirafan 5-Bintang Penarafan Sekolah Berasaskan SSQS Tahun 2011 di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri pada Khamis, 16 Februari 2012 yang lalu. Kejayaan yang dicapai oleh sekolah-sekolah Negeri Melaka ialah:
  • Tahap Pembestarian Sekolah (3-Bintang ke atas) - 100 %
  • Sekolah Capai 5-Bintang - 214 daripada 311 buah sekolah

Video Program NILAM

Kiriman Cikgu Faizah | Sunday, February 12, 2012 | | 0 komen »

Program Outrearch 2011

Kiriman Cikgu Faizah | Thursday, February 09, 2012 | 0 komen »


Pelaksanaan 1BestariNet

Kiriman Cikgu Faizah | Wednesday, February 08, 2012 | 0 komen »

  1. Sila pastikan bahawa syarikat/wakil telah memaklumkan kepada JPM/PPD sebelum memasuki kawasan sekolah dan mempunyai dokumen kerja oleh Syarikat YCTL Comunication Sdn. Bhd.
  2. Pihak syarikat/wakil telah membuat temujanji dengan Guru Besar/Pengetua sekolah berkaitan untuk apa-apa aktiviti.
  3. Memastikan berpakaian kemas dan baju/vest dan sebagainya yang dipakai mestilah mempunyai lambang/tertera nama syarikat berkenaan.
  4. Mempunyai tag nama yang menunjukkan bahawa mereka adalah wakil daripada syarikat yang berkaitan.
  5. Sepanjang aktiviti yang dilakukan di premis sekolah hendaklah dipantau oleh Pengetua/Guru Besar/wakil yang dilantik oleh pihak sekolah.
  6. Tidak membenarkan apa-apa sahaja peralatan ICT dan lain-lain dibawa keluar daripada kawasan sekolah.

Projek LMS Fasa Ke-3

Kiriman Cikgu Faizah | Monday, January 30, 2012 | 0 komen »

Tahniah kepada sekolah yang terpilih untuk pemasangan makmal komputer Learning Management System (LMS).

Antara sekolah yg terpilih ialah:
  1. SK Air Molek
  2. SK Dato Demang Hussin
  3. SJKC Tiang Dua
  4. SMK Telok Mas
  5. SMK Tinggi Perempuan Melaka
  6. SM Teknik Bukit Piatu
  7. SMK Agama Sharifah Rodziah
SM Vokasional Melaka Tengah telah merupakan projek rintis Negeri Melaka yang dibekalkan dengan sistem ini yang ditaja sepenuhnya oleh MAMPU. Sistem ini digunakan untuk P&P secara maya.

Kami mengalu-alukan sekolah-sekolah yang terpilih di atas untuk berkongsi pengetahuan dan bahan.

Khidmat Bantu Blog PKG Ayer Molek

Kiriman Cikgu Faizah | Monday, January 30, 2012 | 0 komen »

GPB SMVMT telah dihubungi oleh PKG Ayer Molek, Melaka untuk memberi bantuan mengemaskini blog PKG tersebut. Antara yang kandungan yang dikemaskini ialah template termasuk header, content dan link. Saya mengambil masa lebih-kurang 4 hari untuk menyiapkan blog ini.

Untuk melayari blog PKG Ayer Molek, Melaka sila klik link di bawah.

http://pkgayermolek-melaka.blogspot.com