Mesyuarat Literasi Maklumat

Kiriman Zanans | Thursday, May 20, 2010 | 0 komen »

Pada 20 & 21 Mei 2010, seramai 8 orang JU Pembestarian Pendidikan (Kumpulan 1) dari 8 buah sekolah Negeri Melaka telah dipanggil bermesyuarat di BTPN untuk membincang dan seterusnya menerbitkan Modul Literasi Maklumat Berasaskan ICT yang akan digunakan oleh GPB/GICT sekolah-sekolah Negeri Melaka.

Skop

Satu panduan yang boleh digunakan oleh GPB/GICT untuk membantu dan meningkatkan kemahiran maklumat dari aspek:
  • Mengenalpasti
  • Melayari
  • Memilih
  • Menyusun
  • Menghasilkan
  • Membentangkan
  • Menilai
  • Mengaplikasi Maklumat

Selamat Hari Guru

Kiriman Zanans | Sunday, May 16, 2010 | 0 komen »


GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia


Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi


Selaras dengan hasrat untuk meningkat dan memastikan kemudahan prasarana, infrastruktur, dan pengunaan ICT digunakan secara menyeluruh dan bersepadu, Melaka telah dipilih untuk melaksanakan program rintis “Mengoptimumkan Penggunaan Dan Pengintegrasian Sumber Pendidikan Berasaskan ICT Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Ke Arah Pembestarian Pendidikan” melibatkan 40 buah sekolah.

Tarikh : 11 dan 12 Mei 2010 (Selasa dan Rabu)
Masa : 8.00 hingga 4.30 petang
Tempat : Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka

Objektif bengkel diadakan adalah untuk:
  1. Memastikan peralatan teknologi yang dibekalkan ke sekolah digunakan secara maksimum seterusnya, memastikan guru menguasai kemahiran maklumat berasaskan sumber ICT.
  2. Melahirkan anjakan paradigma kepada guru dan murid khusus kepada kemahiran, minat, kreativiti dan pengetahuan melalui penggunaan dan menguasai kemahiran teknologi ICT dalam proses P&P .
  3. Menggerakkan GPB dan GPM sebagai ”enabler”. GPB dan GPM perlu kuasai kompetensi untuk membudayakan ICT dalam pendidikan di sekolah. Justeru pembangunan kompetensi mereka menjadi asas kepada kejayaan mengoptimumkan penggunaan dan pengintegrasian sumber pendidikan berasaskan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P).
  4. Meningkatkan kompetensi GPB dan GPM membudayakan ICT dalam pendidikan, meningkatkan penggunaan dan pengintegrasian sumber pendidikan berasaskan ICT di sekolah.
  5. Memperlihatkan GPB dan GPM bertindak sebagai Agen Perubahan.

Kursus Kemahiran ICT Siri 2 Tahun 2010 Untuk Guru SMTMT

Kiriman Cikgu Faizah | Wednesday, May 12, 2010 | 0 komen »

Kursus Kemahiran ICT Siri 1 Kumpulan 2 akan diadakan pada 27 April 2010 dan Kumpulan 1 pada 28 April 2010 jam 2.30 - 5.30 petang. Kursus ini berkaitan dengan cara menggunakan Perisian Classroom Spy dan Asas MS Office & MS Word.

Kepada guru-guru yang berjaya menghadirkan diri, pihak JK Pembestarian mengucapkan setinggi-tinggi tahniah, sijil penyertaan akan diberikan tidak lama lagi dan sekiranya guru-guru ingin memperdalami ilmu ICT boleh berjumpa dengan Guru Penyelaras/GPB pada bila-bila masa.

Penganjur juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada JK Pelaksana yang telah bekerjasama secara langsung & tidak langsung dalam menjayakan program ini.



Kumpulan 2 (27 April 2010)




Kumpulan 1 (28 April 2010)