Program Kreativiti dan Inovasi Sekolah Pemangkin Zon Tengah

Kiriman Cikgu Faizah | Thursday, May 26, 2011 | 0 komen »

Ayer Keroh, 24 Mei 2011 - Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) telah menyertai Program Kreativiti dan Inovasi Sekolah Pemangkin Zon Tengah bertempat di Puteri Resort Ayer Keroh, Melaka. Program 3 hari ini bermula dari 23 Mei hingga 25 Mei di mana guru-guru sekolah rendah dan menengah peringkat Zon Tengah dijemput untuk menyertai program ini. Bagi Program ini YIM bertanggungjawab menganjurkan satu bengkel inovasi dan kreativiti. Bengkel ini telah bermula seawal 8.45 pagi hingga 4.30 petang.

Tahniah!

Kiriman Zanans | Saturday, May 07, 2011 | | 0 komen »

Print Screen dari Utusan Online, kejayaan pelajar SMVMT dalam Pertandingan Membina Laman Web Sempena Karnival Pendidikan Negeri Melaka 2011. 46 buah sekolah telah menyertai pertandingan ini dan pemenang-pemengangnya ialah:
  1. SMK Tun Perak
  2. SM Vokasional Melaka Tengah
  3. SM Teknik Bukit Piatu
Peserta menerima Sijil, Wang Tunai RM100, Plak dan Pendrive, manakala sekolah yang berjaya menerima Sijil, Plak dan sebuah Notebook. Semua hadiah ditaja oleh Telekom Malaysia (TM).

Gambar di atas menunjukkan Datuk Seri Tuan Haji Muhyidin bin Haji Mohammad Yassin dan Datuk Seri Mohd. Ali bin Rustam bersama para pelajar yang memenangi pertandingan reka bentuk laman web antara sekolah seluruh Melaka pada Karnival Pendidikan Negeri Melaka 2011 di Ayer Keroh, semalam.

Peserta dari SM Vokasional Melaka Tengah, dari kiri Mohd Mustakim bin Hussain, Baihaqi bin Mohd Yahya dan Hasbullah bin Md Som dari kelas 5EE1.

[Sumber: Utusan Malaysia @ Utusan Online, 6 Mei 2011]

Bergambar bersama guru pembimbing

Sijil Pemenang Tempat Ke-2

Kelas Maya Di Semua Sekolah 5 Tahun Lagi.

Kiriman Zanans | Wednesday, May 04, 2011 | 0 komen »

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Negeri bercadang memperluaskan sistem kelas maya di semua sekolah di Terengganu dalam tempoh lima tahun akan datang.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, buat permulaan untuk tahun ini, kelas maya itu akan diwujudkan di 32 sekolah terpilih di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini.

Menurutnya, projek yang banyak memberi manfaat dalam sistem pendidikan itu akan diteruskan pada tahun depan dengan 32 sekolah lagi dipilih untuk diwujudkan kelas maya.

“Terpulang kepada wakil rakyat atau PPD (Pegawai Pembangunan DUN) untuk memilih sekolah mana akan diwujudkan kelas maya ini terlebih dahulu, kita beri kebebasan sepenuhnya kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas hadir ke Majlis Perjumpaan bersama Pengetua, guru besar dan Pegawai Teknologi Maklumat (EIO) di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, di sini semalam.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman dan Pengarah Pelajaran Negeri, Razali Daud.

Ahmad berkata, projek itu akan menggunakan dana sedia ada yang diberikan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau PPD, iaitu bantuan am sebanyak RM500,00 dan bantuan projek kecil berjumlah RM1 juta.

“Untuk beli peralatan dan ubah suai kelas maya, boleh guna peruntukan itu dulu dan kita akan tambah peruntukan lain lagi bergantung kepada kewangan negeri,” katanya.

Menurut Ahmad, kelas maya wajar diperluaskan di semua sekolah di negeri ini kerana keberkesanannya menarik minat belajar murid, sekali gus mengurangkan masalah ponteng.

“Setakat ini, tiga sekolah sudah ada kelas maya iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Bunga, SK Telok Kalong (Kemaman) dan SK Kompleks Seberang Takir,” katanya