Pemantauan Dari TM dan JPM

Kiriman Zanans | Thursday, April 14, 2011 | 0 komen »

Rabu, 13 April 2010 - Pemantauan Pertandingan Laman Web Sempena Karnival Pendidikan 2011 Anjuran TM dan JPM yang dihadiri oleh 6 orang pegawai iaitu 3 pegawai dari TM Melaka dan 3 pegawai dari JPM telah datang ke SMV Melaka Tengah. Pemantauan ini adalah untuk melihat secara dekat bagaimana para peserta menyediakan laman web yang akan dipertandingkan tidak lama lagi.

Pemantauan yang berlangsung selama hampir 2 jam ini diadakan di Makmal Siber/LMS. Pelajar membuat persembahan powerpoint untuk menerangkan dengan lebih jelas aktiviti yang mereka jalankan dalam menyiapkan laman web.