Bengkel ICT 3/2012 - Aplikasi Prezi

Kiriman Cikgu Faizah | Friday, June 22, 2012 | | 0 komen »


Pertandingan Blog Panitia & Blog Kursus 2012

Kiriman Cikgu Faizah | Wednesday, June 13, 2012 | | 0 komen »

PENGENALAN

Selaras dengan dasar kerajaan untuk menyebarkan maklumat dan menyediakan perkhidmatan dalam talian secara lebih berkesan. Jawatankuasa Pembestarian SMVMT menganjurkan Pertandingan Blog Panitia & Blog Kursus Sempena Julai Bulan Membaca dan Minggu ICT Tahun 2012. Pertandingan ini adalah untuk mewujudkan persaingan sihat di kalangan guru-guru SMVMT untuk menghasilkan Blog Panitia & Blog Kursus terbaik, informatif, kemaskini dan menarik di samping meningkatkan kualiti penyebaran maklumat secara talian kepada orang ramai, para pelajar dan ibubapa khususnya.

OBJEKTIF
  1. Memberi pengiktirafan terhadap organisasi dan individu yang terlibat dalam membangunkan Blog Panitia & Blog Kursus.
  2. Memberi motivasi dan perangsang kepada individu yang terlibat agar lebih bersemangat untuk menguruskan Blog.
  3. Memberi galakan kepada organisasi untuk menghasilkan Blog yang berkualiti dan berinformasi.
SYARAT PERTANDINGAN
  1. Semua hasil kerja mestilah asli dan tidak memplagiat mana-mana Blog sama ada dari sudut rekabentuk/maklumat yang sama.
  2. Semua hasil kerja hendaklah bebas dari unsur pornografi, perkauman, kebencian politik atau isi kandungan yang menyalahi undang-undang Malaysia.
  3. Sekiranya bahan hak cipta terpelihara digunakan, keizinan haruslah diperolehi terlebih dahulu daripada pemilik hak cipta tersebut dan telah dimaklumkan seperti yang sepatutnya.
  4. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang pencerobohan hak cipta atau hak intelektual sekiranya peserta melanggar peraturan tersebut.
  5. Pihak penganjur berhak menolak mana-mana penyertaan tanpa memberi sebarang sebab.
  6. Pihak penganjur berhak meminda mana-mana syarat dan peraturan sekiranya perlu tanpa memaklumkannya kepada peserta yang menyertai pertandingan ini.
  7. Keputusan pengadil adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.
FORMAT PERTANDINGAN
  1. Tema bagi pertandingan ini, adalah "SMT/SMV - PENDIDIKAN UNTUK SEMUA".
  2. Setiap peserta bebas menginterpretasi dan meluahkan pengertian tema ini secara kreatif melalui penggunaan pelbagai jenis media (teks, grafik, animasi, audio, video dan sebagainya) yang diintegrasikan dalam bentuk persembahan Blog.
  3. Blog hendaklah menggunakan Platform Blogger/Blogspot sahaja.
  4. Penyertaan terbuka kepada Guru Panitia & Guru Bengkel.
  5. Penyertaan adalah secara berkumpulan (maksima 3 orang - seorang guru + 2 orang pelajar atau 2 orang guru + seorang pelajar).
  6. Setiap Panitia/Kursus hanya boleh menghantar 1 penyertaan sahaja.
  7. Isi kandungan hendaklah dibangunkan dengan menggunakan sama ada Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
JADUAL PELAKSANAAN

Pendaftaran:
22 Mei 2012
Pertandingan:
18 Jun – 31 Julai 2012
Penghakiman:
1 Ogos 2012
Keputusan:
13 Ogos 2012

SENARAI PESERTA PERTANDINGAN
  1. Pn. Zakira binti Che Hamid (Blog Panitia Bahasa Melayu)
  2. Pn. Nur Mardian’Na binti Rosali (Blog Panitia Bahasa Inggeris)
  3. Pn. Suriyani binti Samsudin (Blog Sivik & Kewarganegaraan)
  4. En. Azhar bin Abd. Rahim (Blog Panitia Sains)
  5. Pn. Aizam binti Jusoh @ Mamat (Blog Panitia Pendidikan Islam)
  6. En. Mior Mohd. Azlan bin Mohamed Zin (Blog Panitia PJK)
  7. En. Juslan bin Jusoh (Blog Sejarah)
  8. Cik Noorazilla binti Abu Talib (Blog Matematik)
  9. En. Abdul Manaf bin Nordin (Blog Pendidikan Moral)
  10. En. Amran bin Mohd. Nor (Blog Kursus Elektrik & Elektronik)
  11. Pn. Fauziah binti Ibrahim (Blog Kursus Binaan Bangunan)
  12. En. Hasnulhadi bin Hassan (Blog Kursus PPU)
  13. En. Shahrin Azrin bin Zainal (Blog Kursus KFL)
  14. En. Sheikh Luqman Hakeem bin Ali (Blog Kursus Automotif)
  15. Pn. Zarinawati binti Bonandar (Blog Panitia PPN)
  16. Pn. Noraziah binti Mohamed Salleh (Blog Kursus ABM )
  17. Pn. Dg. Halimah binti Talip (Blog Kaunselor)
  18. Pn. Azlinda binti Abu Samah (Blog PSS)
PENILAIAN

Setiap penyertaan akan dinilai berdasarkan kriteria-kriteria yang dinyatakan seperti berikut.

Skop
(5%)
  1. Mengikut Tema
Kandungan (40%)
  1. Carta organisasi beserta gambar
  2. Maklumat umum panitia / kursus
  3. Maklumat terkini panitia / kursus
  4. Info tambahan yang berkaitan
  5. Teks Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris
Konsep, Rekaan & Struktur (25%)
  1. Mudah guna dan fleksibel
  2. Kreatif (susunatur, grafik, audio)
  3. Video (animasi)
  4. Interaktif/dinamik
  5. Mesra pengguna (user friendly)
  6. Mempunyai daya penarik
  7. Pautan dengan laman web/blog yang berkaitan
Keaslian (15%)
  1. Keaslian rekabentuk dan kesesuaian dengan tema
  2. Ciri-ciri yang menggambarkan bidang yang dibuat
  3. Kandungan laman web menggambarkan bidang yang dibangunkan.
  4. Kredit pada sumber-sumber asal – wajib
Nilai Tambah (15%)
  1. Forum / Shoutbox
  2. Buku Pelawat
  3. Counter
  4. Ruangan Kredit
  5. Dan lain-lain mengikut kreativiti
PENUTUP

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Sekolah-sekolah adalah dinasihatkan agar merujuk kepada Garis Panduan Malaysia Civil Service Link (MCSL) dan Laman Web Agensi Kerajaan yang dikeluarkan oleh MAMPU. Garis panduan ini boleh dicapai melalui laman web MCSL yang beralamat di http://www.mampu.gov.my.

Di samping itu, peserta yang mengambil bahagian digalakkan untuk sentiasa mengemaskini maklumat-maklumat di blog masing-masing agar sentiasa memaparkan maklumat terbaru sesuai dengan keadaan semasa.

Kerjasama daripada pihak tuan/puan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Peserta boleh klik pautan di bawah ini untuk mengakses blog masing-masing. Login menggunakan username (email) dan katalaluan telah diberikan semasa bengkel yang lalu. Sebarang pertanyaan sila hubungi Pn. Nor Faizah Anuar (013-6186164) atau Pn Aizam binti Jusoh (013-6814500).

http://smtmtbestari.blogspot.com/2012/05/kursus-blog-panitiabengkel-pentadbir.html

atau

http://www.blogger.com/home untuk login.

Bengkel Prezi - Inovasi Dalam PDP

Kiriman Cikgu Faizah | Tuesday, June 12, 2012 | | 0 komen »

Kursus ICT 3/2012 - Bengkel Membina Bahan Presentation untuk Pengajaran & Pembelajaran (PDP) menggunakan Aplikasi PREZI akan diadakan pada hari Selasa, 21 Jun 2012 jam 2.00 petang di Makmal Siber.

PREZI adalah suatu inovasi dalam PDP.

Senarai Peserta:
  1. En. Abd. Ghani Bin Md. Nor
  2. Tn. Hj. Abd. Rashid Bin Lizan
  3. Pn. Hjh. Aisah Binti Md. Jan
  4. En. Azhar Bin Abd. Rahim
  5. Pn. Fauziah Binti Ibrahim
  6. En. Haireyzal Bin Abu Saad
  7. En. Juslan Bin Jusoh
  8. Pn. Hjh. Khalidah Binti Mamat
  9. En. Mohd Rasid Bin Dolmat
  10. En. Mohd Som Bin Ahmad
  11. En. Muhamad Azlan Bin Bolot
  12. Cik Noorazilla Binti Abu Talib
  13. Pn. Nor Fudhlani Binti Md.Sukor
  14. Pn. Norlida Binti Jani
  15. Pn. Hjh. Normawati Binti Shamror
  16. Cik Pathiyil Meenakshi A/P A M Narayanan
  17. Pn. Hjh. Pauziah Binti Kassim
  18. Pn. Sarah Binti Samat
  19. Pn. Vasanthi A/P K. Munusamy
  20. En. Zaini Bin Hj. Rebo
  21. En. Zulkifli Bin Abdul Hamid

Senarai AJK Kursus:

  1. Pn. Suriati Binti Ali
  2. Pn. Suriyani Binti Samsuddin
  3. En. Azhar Bin Abd. Jalil
  4. En. Amran Bin Mohd. Nor
  5. Pn. Nor Faizah Binti Anuar
  6. En. Razali Bin Abdul Rahman
  7. En. Sheikh Luqman Hakeem Bin Ali
  8. En. Afendy Bin Azis

www.prezi.com