
Kursus ini diadakan untuk memberi pendedahan dan latihan kepada Penyelaras ICT dan Guru Bestari bagi membantu mereka untuk membangunkan laman web sekolah masing-masing. Sepanjang tempoh berkursus para peserta telah dibimbing oleh JU yang telah dilantik.
Perasmian pembukaan kursus telah disempurnakan oleh Puan Siti Nuriah @ Zanariah bte Omar, Ketua Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), Jabatan Pelajaran Melaka. Dalam ucapannya, beliau mengingatkan para peserta kursus agar memanfaatkan peluang yang telah diberi semasa mengikuti kursus ini. Kerjasama dan komitmen semua peserta yang hadir amat diharapkan agar ilmu yang telah dipelajari dapat dikongsikan dan dimanfaatkan kepada sekolah masing-masing.
0 komen
Post a Comment