Pelbagai ancaman siber (khasnya virus dan spyware) akan sentiasa membayangi sistem operasi (OS) Windows, tidak terkecuali Windows 7 yang baru di pasaran. Menyedari hakikat ini Microsoft turut terpanggil untuk mencipta perisian keselamatannya sendiri. Ini termasuklah perisian Microsoft Security Essentials 1.0 yang diberikan percuma.irektori fail yang dihasilkan. Dalam direktori tersebut anda akan menemui sebuah fail yang berlabel “msseces.exe” bersama beberapa fail yang lain.
Sistem operasi (OS) Windows memang sudah tersohor di kalangan pengguna PC di seluruh dunia. Namun, menjadi OS yang popular juga banyak ujiannya. Seperti yang kita maklum, pelbagai ancaman terutamanya virus dan spyware akan sentiasa membayangi jenama Windows. Tidak terkecuali Windows 7 yang baru sahaja berada di pasaran dunia. Menyedari hakikat ini Microsoft turut terpanggil untuk menghasilkan perisian keselamatannya sendiri. Umpamanya, perisian percuma seperti Microsoft Security Essentials 1.0 yang berupaya mengesan kemasukan virus dan spyware.
Perisian sekuriti ini boleh dijadikan alternatif untuk melindungi PC anda. Selain mudah digunakan, kemampuannya mengesan pelbagai ancaman boleh mengurangkan kerisauan anda apabila meluncuri internet. Menurut pembuatnya, perisian ini menawarkan perlindungan berkualiti tinggi untuk menangkis serangan virus, spyware, trojan, cecacing (worm), dan konco-konconya. Malah anda boleh mengemaskini failnya secara automatik tanpa gangguan. Mungkin fungsinya boleh menjadi pelengkap untuk produk antivirus anda yang sedia ada. Jom, sama-sama kita mencubanya.
Nota: perisian ini boleh menjadi pelengkap (bukannya gantian) kepada produk antivirus/sut keselamatan komersial. Berikut adalah keterangan ringkas mengenai fungsinya dan panduan menggunakannya secara langkah demi langkah.
0 komen
Post a Comment