Masalah

CD Teaching Courseware yang tidak boleh autorun.

Sebab

1. Terdapat Flash dan Shockwave Player terkini yang mempunyai ciri-ciri terbaru di dalam sistem komputer dan tidak dapat menyokong objek-objek multimedia di dalam CD Teaching Courseware.

2. Flash Player sedia ada di dalam sistem telah rosak (corrupted).

Jalan Penyelesaian

Uninstall Flash dan Shockwave Player yang terdapat dalam sistem dengan mengikuti langkah- langkah berikut

1. Muat turun fail Uninstaller bagi Flash dan Shockwave player dari laman web Adobe.
  • Buka laman web berikut : http://www.adobe.com/shockwave/download/alternates/#sp

Image

  • Klik pada Adobe Flash Player (a) dan paparan berikut akan dipaparkan. Kemudian klik pada Flash Player Uninstaller (b) seperti di bawah

Image

  • Pop-up berikut akan muncul dan tekan butang Save.

Image

  • Tetapkan direktori untuk simpanan fail unistaller ini, sebagai contohnya di desktop dan klik pada butang save.

Image

  • Paparan berikut akan muncul dan tunggu sehingga prosses muat turun selesai. Kemudian klik pada butang Close.

  • Ulangi langkah (i ) hingga (v) untuk memuat turun Shockwave Player uninstaller.

2. Jalankan Proses Uninstall Flash Player .
  • Klik ikon uninstall_flash_player.exe yang telah dimuat turun ke desktop. (c)
Image
  • Paparan berikut akan muncul dan klik pada butang run.
Image
  • Apabila paparan berikut muncul, sila klik pada butang Yes
Image
  • Proses uninstall akan bermula dan apabila selesai paparan berikut akan muncul. Klik pada butang Close untuk menamatkan proses uninstall Flash Player.
Image

3. Jalankan Proses Uninstall Shockwave Player.
  • Klik ikon sw_uninstaller.exe yang telah dimuat turun ke desktop (d).
Image
  • Paparan berikut akan muncul dan klik pada butang Run.
Image
  • Apabila paparan- paparan berikut muncul, sila klik pada butang Next sehingga paparan proses uninstall (e) muncul.
Image
Image
  • Apabila proses uninstall selesai paparan berikut akan muncul. Klik pada butang Finish untuk menamatkan proses uninstall Shockwave Player.
Image

4. Masukkan CD Teaching Courseware dan biarkan proses Auto Installation Flash Player yang dibekalkan bersama CD Teaching Courseware selesai. Untuk makluman, Flash player installation file telah dipakejkan bersama dengan Shockwave Player. Ini bermakna, Shockwave Player turut di-install semasa proses Installation Flash Player,

5. Apabila proses Installation Flash Player selesai, CD teaching Courseware akan terus berfungsi seperti biasa. Sekiranya paparan kosong muncul, sila tunggu. Ini kerana sistemoperasi sedang menyerasikan Flash dan Shockwave Player yang baru di-install.