Jejak IT

Kiriman L-Tera | Sunday, October 25, 2009 | | 0 komen »


Sabtu 24 Oktober 2009, pengawas ICT SMTMT bersama 2 orang guru pembimbing telah menghadiri Program Jejak IT anjuran Kolej Yayasan Melaka di Kolej tersebut. Program ini turut disertai oleh beberapa sekolah lain sekitar Melaka. Dalam Program Jejak IT ini, pelajar didedahkan dengan Bengkel Pembinaan Blog menggunakan Blogger.

Pengurusan Unit ICT bercadang untuk mencalonkan pelajar-pelajar ini menyertai pertandingan blog peringkat sekolah. Diharapkan mereka sentiasa mengemaskini blog masing-masing. Tahniah buat mereka!