Kursus Moodle LMS

Kiriman Zanans | Sunday, February 07, 2010 | | 0 komen »

2 - 3 Februari 2010, seramai 3 orang guru ICT SMTMT telah terpilih mewakili Melaka untuk menghadiri Kursus Moodle LMS di BTPN Selangor. Kursus ini mendedahkan guru kepada pembangunan laman web berasaskan Learning Management System (LMS) menggunakan Moodle.

Ia sangat powerfull di mana guru-guru dan pelajar boleh melakukan pembelajaran secara online seperti menjawab soalan ujian, pemarkahan [grading], forum, soalan assignment, submit assignment secara online dan lain-lain.

Sepanjang kursus, kami telah di pantau oleh pegawai dari JPN, BTPN dan PKG. Kursus disampaikan oleh Mr Mark Stevens dan Mr. Chong.

Apa yang perlu dilakukan oleh pihak sekolah ialah:
  • menempatkan program LMS Moodle ini ke dalam server tajaan MAMPU di Makmal Siber
  • membangunkan portal LMS mengikut kesesuaian sekolah
  • melatih guru untuk memuatkan portal dengan maklumat berkaitan
  • mendaftarkan pelajar sebagai ahli
  • melaksanakan aktiviti seperti yang dikehendaki oleh LMS
Perkembangan dan perjalanan LMS ini akan dipantau oleh pihak MAMPU dari masa ke semasa secara online dan menggunakan PC yang diberi dengan optimum.

Pemantauan pertama akan dilakukan pada 9 Februari 2010 dan penilaian akan dibuat pada bulan Oktober nanti.