Jawatankuasa ICT SMTMT

Kiriman Zanans | Sunday, February 07, 2010 | | 0 komen »

Salam Sejahtera, tiga daripada beberapa orang dari Jawatankuasa ICT SMTMT sedang bertungkus lumus membuat persediaan persembahan multimedia sempena Majlis Perhimpunan Pagi Bersama Ketua Menteri Melaka YAB Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam yang akan diadakan pada hari Isnin, 8 Februari 2010.

Saya, Norfaizah binti Anuar [GPB - bertudung kuning] mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama padu yang diberikan oleh 2 orang sahabat yg juga ajk ICT 2010 iaitu Razali bin Abdul Rahman [juruteknik komputer] dan Nurhidayati Mohamad [guru ICT] dalam menjayakan sesi rehearsal pada hari Jumaat dan Sabtu yg lepas.

Terima kasih juga diucapkan kepada boss PKG [En. Kamaruddin] dan BTPN atas kesudian meminjamkan TV LCD untuk majlis itu. Semoga semuanya berjalan lancar seperti yang diharapkan.