Mesyuarat Induk Pembestarian 1/2010

Kiriman Cikgu Faizah | Saturday, February 20, 2010 | , | 0 komen »

Kepada,

Dr. Hj Abd Aziz bin Sahat@Ashari (Pengetua)
En. Roslan bin Ab. Aziz (GPK Pentadbiran)
Tn. Hj Harunarashid bin Mohd Yusof (GPK HEM)
En. Teo Choon Seng (GPK Kokurikulum)
Pn. Hjh Sarah bt Samat (GKMP Kemanusiaan)
En. Tan Eng Sun (GKMP Sains & Matematik)
Pn. Vasanthy a/p K. Munusamy (GKMP Bahasa)
En. Abd Ghani bin Mohd Nor (GKMP Teknik)
En. Abd Rashid bin Md Yusoff (GKMP Vokasional)
Pn. Shakila bt Safri (Guru Cemerlang)
Pn. Hjh Pauziah bt Kassim (Kaunselor)
Pn. Hjh Nor Aziah bt Abd Wahid (PIBG)
Pn. Suryati bt Yaapar (Guru Media)
Pn. Hjh Shamsiah bt A. Rashid (Ketua Pembantu Tadbir)
En. Razali bin Abdul Rahman (Juruteknik Komputer)
Semua Ketua Panitia
Semua Ketua Bengkel

Tuan/Puan,

MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK PEMBESTARIAN SEKOLAH KALI PERTAMA 2010

Adalah saya merujuk kepada perkara di atas, mesyuarat berkenaan akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 21 Januari 2010 (Khamis)
Masa : 3.00 ptg
Tempat : Bilik Mesyuarat 1

2. Agenda Mesyuarat:
  1. Ucapan Pengerusi
  2. Perancangan Pembestarian SMTMT 2010
  3. Pembelian bahan dan peralatan/anggaran belanjawan 2010
  4. Visi/Misi Pembestarian SMTMT
  5. Makmal-Makmal Komputer
  6. Hal-hal lain.
3. Semoga dengan kehadiran tuan/puan dapat meningkatkan keberkesanan fungsi pembestarian SMTMT


Sekian, terima kasih.


Saya yang menjalankan tugas,



...................................................
(Pn Norfaizah bt Anuar)
Guru Penyelaras Bestari


Edit Foto Menggunakan MS Office Picture Manager

Kiriman Cikgu Faizah | Thursday, February 18, 2010 | | 0 komen »

Microsoft Office Picture Manager adalah salah satu program dari Microsoft Office. Microsoft Office Picture Manager digunakan untuk mengedit foto. Tujuannya pelbagai seperti mengecilkan saiz foto, edit kecerahan dan lain-lain. Untuk mengecilkan saiz gambar, sila ikuti langkah-langkah di bawah:

1. Buka folder foto yang ingin kita edit (biasanya disimpan di folder "Pictures").


2. Setelah itu, klik kanan butang tetikus pada foto yang ingin kita edit dan muncul beberapa program seperti gambar di bawah. Klik pada Microsoft Office Picture Manager.

3. Bila muncul paparan seperti di bawah, klik "Edit Pictures".

4. Bila muncul paparan seperti di bawah, klik "Resize".

5. Bila muncul paparan seperti di bawah, klik button "Predefined Width x Height" dan set kepada saiz web iaitu 640 x 480 px seperti di bawah.

5. Seterusnya klik OK dan "Save" foto yang telah siap diedit.

Foto yang telah dikecilkan saiznya ini sesuai digunakan untuk blog/web kerana lebih pantas di'upload' dan menjimatkan ruang.

Selamat mencuba!

Jawatankuasa ICT SMTMT

Kiriman Zanans | Sunday, February 07, 2010 | | 0 komen »

Salam Sejahtera, tiga daripada beberapa orang dari Jawatankuasa ICT SMTMT sedang bertungkus lumus membuat persediaan persembahan multimedia sempena Majlis Perhimpunan Pagi Bersama Ketua Menteri Melaka YAB Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam yang akan diadakan pada hari Isnin, 8 Februari 2010.

Saya, Norfaizah binti Anuar [GPB - bertudung kuning] mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama padu yang diberikan oleh 2 orang sahabat yg juga ajk ICT 2010 iaitu Razali bin Abdul Rahman [juruteknik komputer] dan Nurhidayati Mohamad [guru ICT] dalam menjayakan sesi rehearsal pada hari Jumaat dan Sabtu yg lepas.

Terima kasih juga diucapkan kepada boss PKG [En. Kamaruddin] dan BTPN atas kesudian meminjamkan TV LCD untuk majlis itu. Semoga semuanya berjalan lancar seperti yang diharapkan.

Kursus Moodle LMS

Kiriman Zanans | Sunday, February 07, 2010 | | 0 komen »

2 - 3 Februari 2010, seramai 3 orang guru ICT SMTMT telah terpilih mewakili Melaka untuk menghadiri Kursus Moodle LMS di BTPN Selangor. Kursus ini mendedahkan guru kepada pembangunan laman web berasaskan Learning Management System (LMS) menggunakan Moodle.

Ia sangat powerfull di mana guru-guru dan pelajar boleh melakukan pembelajaran secara online seperti menjawab soalan ujian, pemarkahan [grading], forum, soalan assignment, submit assignment secara online dan lain-lain.

Sepanjang kursus, kami telah di pantau oleh pegawai dari JPN, BTPN dan PKG. Kursus disampaikan oleh Mr Mark Stevens dan Mr. Chong.

Apa yang perlu dilakukan oleh pihak sekolah ialah:
  • menempatkan program LMS Moodle ini ke dalam server tajaan MAMPU di Makmal Siber
  • membangunkan portal LMS mengikut kesesuaian sekolah
  • melatih guru untuk memuatkan portal dengan maklumat berkaitan
  • mendaftarkan pelajar sebagai ahli
  • melaksanakan aktiviti seperti yang dikehendaki oleh LMS
Perkembangan dan perjalanan LMS ini akan dipantau oleh pihak MAMPU dari masa ke semasa secara online dan menggunakan PC yang diberi dengan optimum.

Pemantauan pertama akan dilakukan pada 9 Februari 2010 dan penilaian akan dibuat pada bulan Oktober nanti.

Tips Menghasilkan PDF

Kiriman Zanans | Saturday, February 06, 2010 | | 0 komen »

Penggunaan PDF amatlah penting dalam mengedarkan bahan digital seperti dokumen rasmi seperti pekeliling dan sebagainya yang mana maklumat di dalamnya perlu dikunci daripada diubah.

Terdapat pelbagai cara untuk menghasilkan PDF dengan mudah. Antaranya dengan menggunakan MS Office 2007 addon yang anda boleh download di sini.

Jika anda menggunakan MS Office 2003 anda masih dapat menghasilkan format PDF dengan menggunakan software doPDF atau Cute PDF Printer.

Pengguna Mac OSX pula anda boleh menggunakan menu export to PDF untuk mengasilkan fail PDF yang diperlukan dengan mudah.