Tahniah SMVMT - 5-Bintang Dalam SSQS

Kiriman Cikgu Faizah | Wednesday, February 22, 2012 | , | 0 komen »

Tahniah diucapkan kepada semua warga SMVMT kerana sekali lagi berjaya mencapai 5 Bintang (5 Star) dalam penarafan Smart School Qualification Standards (SSQS) pada tahun 2011. SMVMT mula dianugerahkan 5 Bintang sejak tahun 2010 dan pelbagai usaha telah dilakukan untuk mempertingkatkan Budaya ICT di sekolah. Diharapkan pada tahun ini, warga SMVMT mengekalkan atau mempertingkatkan keupayaan masing-masing dalam membudayakan ICT dalam semua aspek khasnya dalam pengurusan sekolah dan p&p.

Sekolah-sekolah Negeri Melaka yang berjaya telah menerima Sijil Pengiktirafan 5-Bintang Penarafan Sekolah Berasaskan SSQS Tahun 2011 di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri pada Khamis, 16 Februari 2012 yang lalu. Kejayaan yang dicapai oleh sekolah-sekolah Negeri Melaka ialah:
  • Tahap Pembestarian Sekolah (3-Bintang ke atas) - 100 %
  • Sekolah Capai 5-Bintang - 214 daripada 311 buah sekolah