Pelaksanaan 1BestariNet

Kiriman Cikgu Faizah | Wednesday, February 08, 2012 | 0 komen »

  1. Sila pastikan bahawa syarikat/wakil telah memaklumkan kepada JPM/PPD sebelum memasuki kawasan sekolah dan mempunyai dokumen kerja oleh Syarikat YCTL Comunication Sdn. Bhd.
  2. Pihak syarikat/wakil telah membuat temujanji dengan Guru Besar/Pengetua sekolah berkaitan untuk apa-apa aktiviti.
  3. Memastikan berpakaian kemas dan baju/vest dan sebagainya yang dipakai mestilah mempunyai lambang/tertera nama syarikat berkenaan.
  4. Mempunyai tag nama yang menunjukkan bahawa mereka adalah wakil daripada syarikat yang berkaitan.
  5. Sepanjang aktiviti yang dilakukan di premis sekolah hendaklah dipantau oleh Pengetua/Guru Besar/wakil yang dilantik oleh pihak sekolah.
  6. Tidak membenarkan apa-apa sahaja peralatan ICT dan lain-lain dibawa keluar daripada kawasan sekolah.