Rabu, 30 Mac 2011 - Refresher Training Bagi Sekolah-Sekolah Projek LMS Tajaan Mampu telah diadakan di Makmal Siber, SM Vokasional Melaka Tengah. Training bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang ini turut dihadiri wakil dari BTPN Melaka En. Sulaiman bin Abd Rahim dan En. Musman bin Hj Saleyo.

Selain itu, pihak sekolah juga menjemput wakil dari MeOSSIS Negeri Melaka untuk menyertai training ini bagi mendalami pengetahuan mengenai LMS.

Dalam training yang disampaikan oleh En. Chong Wai Kong dari Syarikat Forte Tech (pembangun projek LMS), guru didedahkan dengan kaedah menyediakan rancangan pelajaran yang mengandungi bahan rujukan, tugasan, kuiz dan pautan-pautan berkaitan dengan topik yang akan diajar. Guru juga dilatih bagaimana memberi markah (grade) kepada pelajar melalui sistem ini.