Bengkel Penghuraian Strategik SSQS Kohot 4

Kiriman Zanans | Thursday, March 24, 2011 | , | 0 komen »

Khamis, 24 Mac 2011 - Bengkel Penghuraian Strategik SSQS Kohot 4 telah diadakan di BTPN Melaka bermula jam 8.00 pagi - 5.00 petang. Objektif bengkel ini adalah untuk membincangkan dan membuat sumbang saran mengenai Strategik SSQS yang akan dijalankan pada bulan Jun nanti.

Bengkel ini dihadiri oleh Guru Penyelaras Bestari/Guru Penyelaras ICT dari 93 buah sekolah di Negeri Melaka yang telah berjaya mencapai 5 Bintang dalam SSQS.

SM Vokasional Melaka tengah adalah antara beberapa buah sekolah yang dipilih untuk berkongsi strategi yang dilaksanakan di peringkat sekolah dan projek yang dimiliki oleh sekolah sehingga berjaya mencapai taraf 5 bintang.

Kekuatan SMVMT ialah memiliki LMS yang banyak membantu guru-guru dalam P&P. Diharapkan pada tahun 2011 taraf 5 bintang ini dapat dikekalkan.