Pada 27 Mei yang lepas, kami guru penyelaras Makmal Siber dengan dibantu oleh AJK & Pengawas ICT telah menjalankan kerja-kerja memindah komputer (CPU). Ia dilakukan kerana Makmal Siber akan dinaik taraf dengan pemasangan jubin, menyedia pejabat guru ICT dan kerja-kerja mengalih dan memasang pendingin udara serta langsir.
Kerja-kerja dijalankan oleh kontraktor tempatan bermula hari ini (Isnin - 1 Mei 2009). Makmal Siber atau lebih dikenali sebagai Cyber Cafe (CC) menempatkan 33 buah komputer sumbangan PIBG yang dilengkapi dengan talian internet termasuk wireless. Komputer ini telah diasetkan sebagai harta sekolah dan operasinya dibuka kepada semua guru dan pelajar.
Selain menyediakan perkhidmatan internet, CC juga menyediakan perkhidmatan membayar bil secara online, scanning, burn CD/DVD, printing dan lain-lain. Guru juga kerap menggunakan CC untuk p&p dan literasi bahan.
Pada sebelah petang dan di luar waktu perselolahan, CC dibuka kepada pelajar asrama yang ingin melayari internet atau menyiapkan folio dengan sedikit bayaran. Penggunaan internet dipantau oleh guru secara online menggunakan platform LogMeIn dan juga ClassRoomSpy. Ia memantau segala aktiviti pelajar dan keselamatan ICT.
Secara umumnya, CC banyak memberi sumbangan kepada guru dan pelajar serta pihak sekolah dalam pengurusan web, email dan p&p. CC juga sering diguna untuk apa jua aktiviti yang melibatkan operasi online oleh beberapa pihak luar seperti Kuiz Jabatan Penerangan, Taklimat SSQS & STS oleh PKG dan lain-lain lagi.

0 komen
Post a Comment