Selaras dengan hasrat untuk meningkat dan memastikan kemudahan prasarana, infrastruktur, dan pengunaan ICT digunakan secara menyeluruh dan bersepadu, Melaka telah dipilih untuk melaksanakan program rintis “Mengoptimumkan Penggunaan Dan Pengintegrasian Sumber Pendidikan Berasaskan ICT Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Ke Arah Pembestarian Pendidikan” melibatkan 40 buah sekolah.

Tarikh : 11 dan 12 Mei 2010 (Selasa dan Rabu)
Masa : 8.00 hingga 4.30 petang
Tempat : Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka

Objektif bengkel diadakan adalah untuk:
  1. Memastikan peralatan teknologi yang dibekalkan ke sekolah digunakan secara maksimum seterusnya, memastikan guru menguasai kemahiran maklumat berasaskan sumber ICT.
  2. Melahirkan anjakan paradigma kepada guru dan murid khusus kepada kemahiran, minat, kreativiti dan pengetahuan melalui penggunaan dan menguasai kemahiran teknologi ICT dalam proses P&P .
  3. Menggerakkan GPB dan GPM sebagai ”enabler”. GPB dan GPM perlu kuasai kompetensi untuk membudayakan ICT dalam pendidikan di sekolah. Justeru pembangunan kompetensi mereka menjadi asas kepada kejayaan mengoptimumkan penggunaan dan pengintegrasian sumber pendidikan berasaskan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P).
  4. Meningkatkan kompetensi GPB dan GPM membudayakan ICT dalam pendidikan, meningkatkan penggunaan dan pengintegrasian sumber pendidikan berasaskan ICT di sekolah.
  5. Memperlihatkan GPB dan GPM bertindak sebagai Agen Perubahan.