Remaja dari Malaysia, Syed Muhammad Syed Abdullah, 17, menjadi terkenal dalam sekelip mata apabila salah satu mainan ciptaannya untuk iPhone diiktiraf sebagai antara yang terbaik di dunia.
Selain pengguna di Amerika Syarikat, pengguna iPhone negara lain yang tertarik dengan permainan ciptaannya termasuk dari United Kingdom, Perancis, China, Russia, Itali, Jepun, India, Jerman, Greece dan Thailand.
Ketika ditemui di rumahnya, di Ukay Perdana, di sini, Habib berkata, sejak dimuat naik permainan, Crazy Ball di iPhone pada 14 Januari lalu, aplikasi itu menerima sambutan ‘panas’ sebelum diiktiraf tiga terbaik dalam dunia.
Dia yang digelar ‘Steve Jobs Malaysia’ dalam kalangan rakan-rakannya berkata, permainan itu menerima 900 muat naik pada hari pertama dan memecah monopoli penghasilan aplikasi dunia lain.
Petikan Harian Metro
Remaja ini yang lebih mesra dipanggil Habib Al-Attas mencipta 5 aplikasi untuk syarikat telekomunikasi Apple tetapi Crazy Ball olahannya menjadi kegemaran pengguna dari 30 negara.
Pencapaiannya yang membanggakan itu telah mendorong syarikat Apple dari Amerika Syarikat menghubunginya untuk 'berunding' tentang kepakarannya.