Salam Hari Lahir

Kiriman Zanans | Monday, July 12, 2010 | 0 komen »

12 Julai adalah hari ulang tahun kelahiran saya yang ke 43 thn.... selama bertugas sepanjang 21 tahun ini, banyak pengalaman yang saya perolehi. Permulaan posting sebaik sahaja tamat pengajian di MPT, saya ditempatkan di SMV Butterworth, Pulau Pinang dan bertugas di sana selama 3 tahun. Seterusnya berpindah dan mengajar di SM Teknik Melaka Tengah hingga ke hari ini.

Bertugas di sini amat menyeronokkan, pergaulan antara guru sangat mesra dan kebanyakkannya memberi kerja sama yang sangat baik dalam apa juga tugas yang diamanahkan. Hubungan yang baik antara staf sokongan dan guru juga sangat baik.

Hari ini saya merasa berbesar hati kerana diraikan dalam sambutan hari jadi yg sederhana. Terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan sekerja yang selalu memberi sokongan dan bantuan dalam menjalankan tugas JK Pembestarian.

Kepada mastermind, Cikgu Yati - terima kasih banyak-banyak. Saya sangat menghargainya. Terima kasih juga atas pemberian hadiah hari jadi. Sayang kamu semua!

Kursus ICT Untuk Pelajar

Kiriman Zanans | Sunday, July 11, 2010 | 0 komen »

Sabtu, 10 Julai 2010 - Kursus ICT untuk pelajar SM Teknik Melaka Tengah akan diadakan di Makmal Komputer Autocad. Kursus yang dianjurkan oleh JK PSS dengan kerjasama JK Pembestarian Sekolah adalah sebahagian daripada aktiviti Bulan Sains & Teknologi dan Julai Bulan Membaca yang telah dilancarkan baru-baru ini.


Perluasan 5 Star Rating

Kiriman Cikgu Faizah | Wednesday, June 30, 2010 | | 0 komen »

Dalam langkah ke arah Perluasan 5 Star Rating bagi 23 buah sekolah Negeri Melaka, JK Pembestarian SM Teknik Melaka Tengah telah didatangi oleh pegawai penilai Tn Hj Khalid bin Ahmad dari Unit Perkhidmatan ICT, BTPN Melaka untuk memantau serta menilai amalan ICT yang diterapkan di sekolah iaitu:
  • ICT dalam Pengurusan dan Pentadbiran
  • Pengintegrasian ICT dalam p&p
  • ICT dalam pembangunan modal insan.



Taklimat Amalan ICT di SMTMT tela disampaikan oleh Pn. Nurhidayati binti Mohammad, Setiausaha JK Kerja Pembestarian Sekolah. Syabas dan tahniah!

Sehubungan dengan itu juga, pihak sekolah telah memasang papan tanda "Zon WiFi" dan banner "EduwebTV di beberapa lokasi bagi memberi makluman kepada seluruh warga SMTMT dan juga pelawat bahawa SMTMT adalah sebuah sekolah yang membudayakan penggunaan sumber ICT dan semua urusan samada dalam pentadbiran, kurikulum dan seumpamanya.

Terima kasih diucapkan kepada En. Mohd Hakim bin Ibrahim kerana berjaya menguruskan tempaham dan pemasangan papan tanda ini.

5 Star Rating

Kiriman Cikgu Faizah | Thursday, June 03, 2010 | | 0 komen »

Pada 2 dan 3 Jun 2010, saya bersama GPM telah menghadiri Bengkel Perluasan 5 Star Rating. Sebanyak 23 buah sekolah di Negeri Melaka telah dipilih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengikuti Program Peluasan Pembudayaan Teknologi Sekolah Mengikut Kelompok atau Peluasan 5-STAR Rating, peringkat Negeri Melaka yang diadakan di BTPN Melaka.

Taklimat ini bertujuan memperincikan semua keperluan dan tindakan yang harus dilakukan oleh pihak sekolah untuk mencapai taraf 5-Bintang berdasarkan Instrumen Penarafan Smart School Qualification Standards atau SSQS.

Mesyuarat Literasi Maklumat

Kiriman Zanans | Thursday, May 20, 2010 | 0 komen »

Pada 20 & 21 Mei 2010, seramai 8 orang JU Pembestarian Pendidikan (Kumpulan 1) dari 8 buah sekolah Negeri Melaka telah dipanggil bermesyuarat di BTPN untuk membincang dan seterusnya menerbitkan Modul Literasi Maklumat Berasaskan ICT yang akan digunakan oleh GPB/GICT sekolah-sekolah Negeri Melaka.

Skop

Satu panduan yang boleh digunakan oleh GPB/GICT untuk membantu dan meningkatkan kemahiran maklumat dari aspek:
  • Mengenalpasti
  • Melayari
  • Memilih
  • Menyusun
  • Menghasilkan
  • Membentangkan
  • Menilai
  • Mengaplikasi Maklumat