Showing posts with label Pembestarian. Show all posts
Showing posts with label Pembestarian. Show all posts

Perluasan 5 Star Rating

Kiriman Cikgu Faizah | Wednesday, June 30, 2010 | | 0 komen »

Dalam langkah ke arah Perluasan 5 Star Rating bagi 23 buah sekolah Negeri Melaka, JK Pembestarian SM Teknik Melaka Tengah telah didatangi oleh pegawai penilai Tn Hj Khalid bin Ahmad dari Unit Perkhidmatan ICT, BTPN Melaka untuk memantau serta menilai amalan ICT yang diterapkan di sekolah iaitu:
  • ICT dalam Pengurusan dan Pentadbiran
  • Pengintegrasian ICT dalam p&p
  • ICT dalam pembangunan modal insan.



Taklimat Amalan ICT di SMTMT tela disampaikan oleh Pn. Nurhidayati binti Mohammad, Setiausaha JK Kerja Pembestarian Sekolah. Syabas dan tahniah!

Sehubungan dengan itu juga, pihak sekolah telah memasang papan tanda "Zon WiFi" dan banner "EduwebTV di beberapa lokasi bagi memberi makluman kepada seluruh warga SMTMT dan juga pelawat bahawa SMTMT adalah sebuah sekolah yang membudayakan penggunaan sumber ICT dan semua urusan samada dalam pentadbiran, kurikulum dan seumpamanya.

Terima kasih diucapkan kepada En. Mohd Hakim bin Ibrahim kerana berjaya menguruskan tempaham dan pemasangan papan tanda ini.

5 Star Rating

Kiriman Cikgu Faizah | Thursday, June 03, 2010 | | 0 komen »

Pada 2 dan 3 Jun 2010, saya bersama GPM telah menghadiri Bengkel Perluasan 5 Star Rating. Sebanyak 23 buah sekolah di Negeri Melaka telah dipilih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengikuti Program Peluasan Pembudayaan Teknologi Sekolah Mengikut Kelompok atau Peluasan 5-STAR Rating, peringkat Negeri Melaka yang diadakan di BTPN Melaka.

Taklimat ini bertujuan memperincikan semua keperluan dan tindakan yang harus dilakukan oleh pihak sekolah untuk mencapai taraf 5-Bintang berdasarkan Instrumen Penarafan Smart School Qualification Standards atau SSQS.

Skop Pembestarian

Kiriman Cikgu Faizah | Saturday, May 16, 2009 | | 0 komen »

Pelaksanaan pembestarian ini memanfaatkan (leverage) kepada semua inisistif ICT yang sedia ada di sekolah merangkumi tiga elemen utama iaitu infrastruktur ICT dan Aplikasi Pengurusan, Pengisian Pengajaran dan Pembelajaran (P&P), dan Pembangunan Sumber Manusia. Fokus Pembestarian Sekolah ialah untuk memastikan semua sekolah akan mempunyai kecapaian ICT yang sama dengan;
  • menyediakan kemudahan infrastruktur dan perkakasan yang mencukupi
  • menyediakan perisian dan bahan-bahan digital yang lengkap
  • memberi latihan yang secukupnya kepada semua guru, pentadbir dan staf sekongan
Pembestarian Sekolah akan menfaatkan tiga (3) elemen utama iaitu yang telah dilaksanakan ke sekolah-sekolah melalui projek-projek Kementerian seperti berikut;
  • projek makmal Komputer Sekolah
  • program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)
  • rangkaian SchoolNet
  • rancangan TV pendidikan
  • projek Rintis Sekolah Bestari
  • ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
  • mata Pelajaran yang Berasaskan ICT
  • perkongsian Pintar dengan Syarikat Swasta
  • latihan ICT Guru
  • pengurusan Perubahan bagi Guru dan Pentadbir Sekolah

Program Pembestarian ini akan dijalankan secara berperingkat dan berfasa mengikut keutamaan dan keupayaan Kementerian dengan mengambil kira kesediaan sekolah.

Schoolnet

Kiriman Cikgu Faizah | Saturday, May 16, 2009 | | 0 komen »

Projek School
  1. Net melibatkan penyediaan capaian Internet jalur lebar untuk 10,000 buah sekolah di seluruh negara.
  2. Prasarana SchoolNet menyediakan kemudahan belajar tanpa sempadan yang melangkaui bilik darjah biasa.
Mengapa SchoolNet diwujudkan?
  1. Menyediakan infrastruktur komunikasi bagi melaksanakan program sekolah bestari di semua sekolah-sekolah di Malaysia.
  2. Merapatkan jurang digital di antara pelajar-pelajar sekolah di bandar dan luar bandar.
  3. Memoden dan mempertingkat keberkesanan sistem pendidikan negara.
  4. Mewujudkan suasana pendidikan interaktif.
Wawasan SchoolNet
  1. Mewujudkan masyarakat berilmu bagi merealisasikan k-ekonomi.
  2. Mewujudkan masyarakat yang celik IT.
  3. Membentuk tenaga kerja mahir sejajar dengan matlamat Wawasan 2020.
Tanggungjawab Menjalankan Projek SchoolNet
  1. Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK).
  2. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Bagaimana Projek SchoolNet Dibangunkan?

Bagi mempastikan kesemua 10,000 buah sekolah di Malaysia menikmati Projek SchoolNet dengan kelajuan 1Mbps “downlink” dan 128Kbps “uplink”, tiga (3) jenis teknologi digunakan:-
  1. Talian Langganan Digital Asimetrik (ADSL) iaitu teknologi memancarkan maklumat digital dengan menggunakan talian telefon (copper) untuk kawasan Bandar.
  2. Wayarles iaitu teknologi memancarkan isyarat digital melalui gelombang udara untuk kawasan terpencil.
  3. Terminal Bukaan Amat Kecil (VSAT) iaitu teknologi pemancaran dan penerimaan isyarat digital melalui satelit dan stesen bumi untuk kawasan luar Bandar.
Status Pemasangan Schoolnet untuk sekolah

Ujian Penerimaan Pengguna (UAT ): 9239
Jumlah Sekolah : 9628
Dalam Proses : 389
KIV : 375

Status Keseluruhan Pemasangan Schoolnet

Ujian Penerimaan Pengguna (UAT ): 9321
Jumlah Sekolah : 9710
Dalam Proses : 389
KIV : 375

Sebarang laporan kerosakan oleh pihak sekolah mengenai Projek SchoolNet hendaklah dirujuk kepada Pusat Panggilan berikut :-

1-300-88-2888 dan emel schoolnet@moe.gov.my

Dasar Dan Matlamat

Kiriman Cikgu Faizah | Saturday, May 16, 2009 | | 0 komen »

Dasar Pembestarian semua sekolah merangkumi dasar ICT iaitu;
  1. ICT untuk semua pelajar
  2. ICT sebagai alat pengajaran dan pembelajaran, sebagai mata pelajaran dan komponen mata pelajaran
  3. ICT digunakan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem pendidikan
Matlamat Pembestarian Sekolah ialah untuk mengoptimumkan potensi murid di semua sekolah Malaysia dengan menggunakan ICT sebagai pengupaya kepada pengajaran dan pembelajaran.

Program Perkongsian Pintar

Kiriman Cikgu Faizah | Monday, May 11, 2009 | | 0 komen »

Bimbingan Perguruan Profesional dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BPPT)

Pengenalan : Merupakan program kerjasama di antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Prestariang Technology Sdn. Bhd. (PTSB) untuk melatih guru Bila dan Bagaimana untuk mengintegrasikan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Mulai thaun 2004, seramai 100,000 orang guru telah dilatih. Sesi latihan telah dibimbing oleh Jurulatih Utama dan Jurulatih Teknikal di 90 buah pusat latihan seluruh negara.

Objektif Program BPPT :

  1. Melengkapkan guru dengan pengetahuan, pemahaman dan kemahiran mengenai Bila dan Bagaimana untuk menggunakan ICT di dalam pengajaran mereka.
  2. Untuk meningkatkan tahap pencapaian pelajar melalui peningkatan penggunaan ICT di dalam pembelajaran
  3. Untuk mewujudkan National Resource Data Bank yang berkualiti tinggi, bahan P&P berasaskan teknologi yang dihasilkan oleh guru untuk kegunaan guru.



Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

Pengenalan : PPSMI telah termaktub sebagai keputusan dasar kerajaan Malaysia hasil daripada Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002. Pelaksanaan PPSMI adalah secara berperingkat, bermula pada sesi persekolahan tahun 2003 dengan perintisnya ialah semua murid Tahun 1 untuk peringkat Sekolah Rendah dan Tingkatan 1 serta Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat Sekolah Menengah. Pelaksanaan penuh PPSMI ialah pada tahun 2007 untuk peringkat Sekolah Menengah sementara peringkat Sekolah Rendah ialah pada tahun 2008.

Rasional kepada peralihan bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris adalah amat penting dalam menghadapi cabaran globalisasi dan ledakan maklumat masa kini:

  1. Bahasa Inggeris adalah bahasa ilmu dan bahasa hubungan antarabangsa
  2. Bahasa Inggeris dipelajari oleh pelajar selama 11 tahun tetapi prestasi masih belum memuaskan
  3. Bahasa Inggeris memudahkan perolehan ilmu



SMS SEKOLAH – MyPressto

Pengenalan : SMS Sekolah merupakan perkhidmatan interaktif terkini yang membolehkan ibu bapa dan pihak sekolah mendapatkan maklumat berkaitan murid dan persekolahan mereka melalui teknologi SMS. Perkhidmatan ini boleh digunakan oleh ibu bapa atau penjaga yang mendaftar dan melanggan perkhidmatan ini. Ibu bapa boleh memperolehi pelbagai info berkaitan persekolahan seperti kehadiran murid, jadual persekolahan, kesalahan disiplin, jadual peperiksaan, keputusan peperiksaan, aktiviti persekolahan, aktiviti PIBG dan latihan kerja rumah.




Intel School Adoption Program Intel

Pengenalan : School Adoption Program merupakan program kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia dengan Intel Corporation. Intel School Adoption Program adalah sebahagian daripada The Intel World Ahead Programme.

Ciri-ciri School Adoption Program adalah seperti berikut:

  1. Kolaborasi bersama dengan Kementerian Pelajaran untuk menunjukkan perkembangan kemahiran pembelajaran abad ke-21, dengan penumpuan kepada pembelajaran berbantukan komputer 1:1;
  2. Peningkatan akses kepada komputer untuk murid di sekolah;
  3. Latihan guru untuk meningkatkan pembelajaran berdasarkan inkuiri;
  4. Latihan pemimpin sekolah dari segi pembangunan pelan ICT;
  5. Skop projek: projek rintis pada 2007; peluasan pada 2008; dan
  6. Projek rintis: bantuan kepada satu kelas di sekolah terpilih untuk menunjukkan pembelajaran berpusatkan murid 1:1.

Lagi mengenai Perkongsian Pintar KPM-INTEL:Projek Sekolah Angkat KPM-INTEL :

MOE-Intel School Adoption Project Phase 1 Report (pdf, 4.26 MB)

Towards the Malaysian Classroom of the Future

Coverage Report, Dec 13, 2007- 1:1 (One-to-one) e-learning Classroom Visit (SK Ayer Keroh, Melaka) by the Minister of Education (pdf, 1.30 MB)

MoE Secretary General’s Visit to SMK Seri Permaisuri, KL (24 March 2008) (pdf, 2.04 MB)




Perkongsian Pintar KPM-Oracle : Portal Kolaborasi Online Think.com

Pengenalan : Think.com merupakan program kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia dengan Oracle dibawah program Oracle Education Foundation. Melalui portal ini, murid-murid sekolah dapat berkomunikasi, berkolaborasi serta berpeluang berkongsi budaya dan cara hidup dengan mempelajarinya dengan rakan-rakan daripada negara luar. Think.com adalah portal percuma yang dilaksanakan dalam persekitaran terkawal serta memberi kemudahan untuk berkolaborasi kepada murid dan guru sekolah melalui webspace dan emel.

Untuk maklumat lanjut, muat turun dokumen ini :

Think Programs: Building 21st Century Learning Skills (zip, 46.6 MB)

Think.Com in Malaysia Video (rar, 56 MB)

Pembestarian Sekolah

Kiriman Cikgu Faizah | Sunday, March 08, 2009 | | 0 komen »



Sekolah Bestari

Kiriman Cikgu Faizah | Tuesday, February 17, 2009 | | 0 komen »

Konsep Pembestarian

Kiriman Cikgu Faizah | Tuesday, February 17, 2009 | | 0 komen »

Teachers will need to change their role in the electronic classroom from being information providers to counselors to help students develop know how and judgment to select information sources. Key to success in the Information Age will be making the right judgements between an awesome array of choices.

We are examining our education system to create a curriculum where people learn how to learn for continuing education throughout their lives. Tun Mahathir Mohamed, Launch of the Multimedia Super Corridor 1 August 1996

The smart school program will be re-modelled and its implementation fast-tracked to enable more schools to benefit, at lower cost to the government. Smart schools will have access to the Internet through the SchoolNet program, which is already at an advanced stage of implementation.

Advanced teaching and learning materials developed through the Smart School Pilot program will be utilised for teaching, while the Smart School Management System will be used to improve administration processes.

Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Launch of The Multimedia Super Corridor (M.S.C.) Next Leap, 3 July 2004.

… pembestarian sekolah adalah selaras dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menjadikan sekolah-sekolah awam lebih berdaya saing, kondusif dan moden mengikut arus pembangunan semasa.

Dalam proses pembestarian sekolah, sasaran kementerian ialah untuk meningkatkan nisbah komputer kepada murid, masa dedahan murid dan guru kepada penggunaan komputer dan mengaplikasikan teknologi yang berkesan dari segi kos.

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia, 7 Mei 2005

Pengenalan

Kiriman Cikgu Faizah | Tuesday, February 17, 2009 | | 0 komen »

Sistem pendidikan sedia ada perlu dimantapkan selaras dengan perkembangan era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Beberapa penambahbaikan dalam pelbagai aspek perlu dilakukan supaya ianya berdaya saing dan relevan dengan kehendak semasa. Pewujudan Sekolah Bestari merupakan satu senario dalam pendidikan alaf baru di Malaysia dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi, sosial serta budaya masa kini. Perkembangan seumpama ini memerlukan sesebuah institusi pendidikan menggabungkan serta memberikan penekanan terhadap beberapa aspek, antaranya pengajaran dan pembelajaran berbudaya fikir, pemusatan kepada pelajar, penggunaan bahan teknologi secara bijak, strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, serta pengurusan sekolah yang efektif.

Apakah Itu Pembestarian Sekolah?

Kiriman Cikgu Faizah | Tuesday, February 17, 2009 | | 0 komen »

Pembestarian Sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan lagi pengunaan ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P), keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah dan kompetensi guru. Program Pembestarian Sekolah juga memberi maksud mengaplikasikan konsep Sekolah Bestari iaitu sebagai satu institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah untuk membantu murid-murid menghadapi era teknologi maklumat.

Komponen utama Pembestarian Sekolah adalah berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT. Proses Pembestarian Sekolah ini akan dapat melatih guru dan murid berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru, kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan murid yang boleh mengamalkan pembelajaran akses kendiri (self-accessed), terarah kendiri (self-directed) dan kadar kendiri (self-paced).